Skip to main content

Hiburan

Insomniacks Terkejut Dinobatkan Artis Paling Tinggi Distrim 2025, Anggap Usaha Bertahun Akhirnya Berbaloi - “Ini Kali Pertama Kami...”

vffbf

Sekilas

  • Insomniacks dinobatkan sebagai Artis Domestik Paling Tinggi Distrim bagi tahun 2025, pencapaian pertama mereka berada di tangga nombor satu.
  • Anggota kumpulan, Iskandar dan Danial, menzahirkan rasa syukur dan menekankan usaha berterusan serta hubungan mesra dengan peminat sebagai kunci kejayaan mereka.
  • Insomniacks kini fokus pada projek jangka panjang untuk tahun 2026 sambil karya mereka terus berkembang secara perlahan dan bermakna dalam kalangan pendengar.

Selepas bertahun-tahun bergerak secara konsisten tanpa sensasi, kumpulan Insomniacks akhirnya meraih pengiktirafan terbesar dalam kerjaya mereka apabila dinobatkan sebagai Artis Domestik Paling Tinggi Distrim bagi tahun 2025.

Pemain bass Insomniacks, Iskandar, menzahirkan rasa syukur dan menganggap kejayaan itu hadir di luar jangkaan memandangkan sebelum ini mereka sekadar berada dalam kelompok tiga atau lima teratas.

“Ini kali pertama kami dapat nombor satu. Sebelum ini, kami berada di top tiga atau top lima. Jadi, ya, ini memang kali pertama kami berada di nombor satu. Baru dapat tahu, jadi agak mengejutkan. Bersyukur dan gembira,” katanya.

Menurut Iskandar, pencapaian tersebut menjadi bukti usaha berterusan kumpulan itu untuk berkembang dari tahun ke tahun.

“Tujuan kami adalah untuk terus berkembang setiap tahun dan pencapaian ini memang menakjubkan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi anggota Insomniacks, Danial, berkata kumpulan itu kini memberi fokus terhadap perancangan jangka panjang dan projek baharu bagi tahun 2026.

“Tahun 2026, kami sedang fokus pada projek kami. Semoga kami dapat teruskan kerjaya ini dan peminat menjadi kekuatan kami,” katanya.

Danial turut bersyukur apabila karya-karya Insomniacks mendapat tempat dalam kalangan pendengar meskipun tidak meledak secara mendadak.

“Alhamdulillah. Orang ramai suka lagu kami. Setakat ini, karya kami tidak terus meletup, tetapi ia berkembang secara perlahan-lahan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Danial percaya kekuatan lagu-lagu Insomniacks terletak pada kemampuan karya mereka untuk membina hubungan emosi bersama pendengar dalam jangka masa panjang.

“Saya percaya lima tahun kemudian, orang akan masih mendengar lagu kami. Lagu kami perlu didengar beberapa kali dan selepas itu barulah mereka menyukainya.

“Lagu-lagu kami menjadi lebih besar apabila orang mendengarnya dan mencipta cerita mereka sendiri. Apabila mereka melalui pengalaman hidup, mereka boleh mengaitkannya dengan lagu tersebut. Dari situ, lagu itu menjadi lebih bermakna dan lebih besar,” katanya.

Dalam pada itu, Iskandar berkata pendekatan mesra bersama peminat menjadi antara faktor utama sokongan berterusan yang diterima kumpulan tersebut.

“Kami berkawan dengan peminat, berbual seperti kawan. Kami tidak terlalu banyak membuat hantaran. Lebih kepada berbual dalam grup Telegram dan banyak berinteraksi dengan peminat ketika ada persembahan,” katanya.

Iskandar dan Danial berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama siri Viu Original, Sesaat Lebih yang berlangsung di 1 Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.

Terdahulu, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengumumkan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain nyanyian Ara Johari sebagai Lagu Domestik Paling Tinggi Distrim, manakala Insomniacks dinobatkan sebagai Artis Domestik Paling Tinggi Distrim bagi tahun 2025.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement