Skip to main content

Selebriti

Intan Najuwa Beri Review Jujur, Dah Lama Teringin Piza Cik Epal - “Walaupun Sampai Rumah Lambat, Masih Lembut, Tak Liat”

Intan Najuwa cuba piza mendonia Cik Epal

Sekilas

  • Datin Intan Najuwa akhirnya berpeluang mencuba Pizza Mendonia keluaran Cik Epal yang sudah lama diidamkannya.
  • Intan memuji kelembutan dan rasa piza tersebut walaupun sampai rumah lewat, dan berjanji akan buat pesanan ulang.
  • Personaliti media sosial Jason juga memberikan rating 8.7 dalam ulasannya di TikTok, menunjukkan kepuasan terhadap piza itu.

Pelakon, Datin Intan Najuwa tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri makanan viral keluaran Cik Epal iaitu Pizza Mendonia.

Menerusi perkongsian di Thread, Intan memaklumkan bahawa dia sudah lama mempunyai keinginan untuk mencuba piza tersebut namun baru kini berkesempatan.

“Alhamdulillah, dah lama teringin ni. Rezeki. Thank you @ieffah.amrie for fitting me into today's slot. It was really so good!” tulisnya.

Malah dalam hantaran yang sama juga, Intan turut memberikan ‘review’ jujur mengenai rasa piza berkenaan.

Kata Intan, walaupun sampa di rumah agak lewat namun kualiti dan kelembutan piza itu tetap tidak berubah.

“Kami memang sangat menikmati piza itu. Walaupun kami sampai rumah lewat, namun piza itu masih lembut (lembut gila, tak liat langsung, saya pun terkejut!) serta sedap dan penuh dengan rasa.

“Sebenarnya saya pesan dua kotak untuk dikongsi dengan semua pembantu saya, tapi kami hanya sempat dapat satu sahaja. Tak apa, nanti kita ulang order lagi,” tulisnya.

Terdahulu, personaliti media sosial, Jason juga turut membuat  ‘review’ untuk  Pizza Mendonia.

Dalam video yang dikongsikan di TikTok, Jason memberikan rating 8.7 sekali gus menunjukkan dia benar-benar berpuas hati dengan hasilnya.

Must-Watch Video

Advertisement