Skip to main content

Selebriti

Intan Najuwa Geram! Mohon Pelaku Dera Bayi Terima Hukuman Setimpal - “Kau Pakai Kaki Je Eh Dekat Baby, Sumbat Masuk Jail Lah Orang Macam Ni”

Intan Najuwa geram kes dera

Sekilas

  • Datin Intan Najuwa meluahkan kemarahan dan kecewa terhadap kes penderaan bayi oleh pengasuh yang tular di media sosial baru-baru ini.
  • Intan menggesa pihak berkuasa supaya menangkap dan menghukum pengasuh yang melakukan perbuatan kejam terhadap kanak-kanak tidak berdosa itu.
  • Seorang wanita berusia 26 tahun telah ditahan pada 16 Disember oleh polis untuk siasatan lanjut berhubung kes penderaan di pusat asuhan di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap kes penderaan bayi oleh pengasuh yang tular baru-baru ini di media sosial.

Menerusi perkongsiannya di Threads, Intan mengakui emosinya terganggu selepas menonton video tular berkenaan dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai kejam serta tidak berperikemanusiaan.

Menurut Intan, perbuatan kejam terhadap kanak-kanak yang tidak berdaya adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan perlu dikenakan hukuman setimpal.

“Tolong eh tangkap semua muka muka ni. Lepas tu tonyoh balik muka diaorang macam mana diaorang buat kat baby-baby yang tak bersalah tu. Heh angin aku. Ni sumbat jail bagus.

“Walaupun bukan anak aku yang kena, tapi kalau aku jumpa pengasuh tu, memang habis aku pijak pijak kan.

“Kau pakai kaki je eh dekat baby tu. Sumbat masuk jail la orang macam ni.

“Sorry la guys, termeroyan teruk tonight kat thread. Sakit hati tengok video baby kena dera dengan pengasuh.

“Walau apa pun, pihak berkuasa tolong jangan lepaskan mereka yang jahat ini. Mereka layak untuk dihukum atas perbuatan yang mereka lakukan,” tulisnya.

Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan seorang pengasuh yang didakwa mendera beberapa bayi di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Suspek seorang wanita berusia 26 tahun ditahan pada 16 Disember lalu bagi siasatan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

Must-Watch Video

Advertisement