Ringkasan AI
- Pelakon Intan Najuwa membuka akaun @intansspreloved untuk jual barangan peribadi preloved sebelum berpindah rumah.
- Koleksi yang dijual termasuk perfume, alat solek, pakaian, kasut tumit tinggi, dan aksesori jenama mewah.
- Barangan kebanyakannya hanya dipakai sekali atau langsung tidak digunakan.
- Harga barangan preloved Intan mendapat perhatian netizen kerana nilai yang tinggi, terutama untuk barangan berjenama.
- Netizen ada yang terkejut dengan harga, namun ramai juga faham harga preloved selebriti sepadan dengan nilai asal barangan.
Pelakon Intan Najuwa mencuri perhatian netizen selepas membuka akaun khas, @intansspreloved, bagi menjual barangan peribadinya sebelum berpindah rumah.
Difahamkan, koleksi preloved yang dijual bukan calang-calang kerana merangkumi perfume, alat solek, pakaian, kasut tumit tinggi, penjagaan badan dan pelbagai aksesori jenama mewah miliknya.
Kebanyakan barangan itu juga hanya dipakai sekali atau langsung tidak digunakan.
Bagaimanapun, harga barangan preloved Intan menjadi bualan hangat apabila ramai netizen meluahkan terkejut dengan nilai yang ditawarkan, terutama untuk barangan berjenama tinggi.
Antara komen yang menarik perhatian termasuklah:

“Tengok preloved Intan Najuwa. Mak ai coat dia harga RM25k… berapa juta ada dalam akaun dia?
“Suka kasut Chanel dia tapi hmm… mampu tengok je.
“Kalau orang beli RM18k, maksudnya mampu beli yang baru. Tapi kalau mampu pun tetap beli sebab jauh lebih murah, Intan pun pakai sekali je kot.

“Selipar dia harga lima ribu. Aku Skechers RM200 pun pakai sampai tapak flat,” komen beberapa netizen.
Walaupun ada yang ‘mengeluh’ tidak mampu membeli, ramai juga yang memahami bahawa harga preloved selebriti mestilah sepadan dengan nilai barangan asal yang mencecah ribuan ringgit.