Skip to main content

Hiburan

Intan Najuwa Kongsi Rutin Yang Diamalkan Selepas Bersalin Czer - “Saya Strict Dengan Apa Yang Saya Makan…”

Astro Gempak 387

Sekilas

  • Datin Intan Najuwa berkongsi pentingnya menjaga kesihatan selepas bersalin secara pembedahan, terutama selepas mencecah usia 29 tahun.
  • Beliau sangat menitikberatkan pemakanan sihat dan konsisten melakukan senaman seperti pilates sebelum kehamilan keduanya.
  • Intan menegaskan wanita perlu terus aktif dan menjaga diri walaupun sedang hamil atau sudah menjadi ibu demi kebaikan diri dan anak.
Advertisement

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi tips menjaga kesihatan tubuh badan selepas melalui pengalaman bersalin secara pembedahan (C-section).

Menerusi sesi soal jawab dalam Instagram, Intan berkata peningkatan usia membuatkan dia lebih sedar tentang kepentingan menjaga diri, lebih-lebih lagi sebagai seorang ibu.

Advertisement

“Bila mencecah usia 29 tahun tahun ini, saya sedar betapa pentingnya untuk menjaga tubuh badan.

“Lebih-lebih lagi sekarang sebagai seorang ibu, tambahan pula ibu yang bersalin secara pembedahan. Ia bukan lagi tentang nampak cantik semata-mata, tetapi lebih kepada rasa kuat, sihat dan menjaga badan dengan betul,” katanya.

sdvbgnf

Menurut Intan, dia juga sangat menjaga pemakanan harian termasuk pengambilan nutrisi dan buah-buahan.

Advertisement

“Saya agak strict (tegas) dengan apa yang saya makan. Dari segi nutrisi, buah-buahan dan semuanya saya cuba jaga dengan baik,” ujarnya.

Tambahnya, sebelum ini dia aktif melakukan senaman seperti hot pilates dan reformer pilates hampir setiap hari secara konsisten.

Bagaimanapun, Intan kini mengambil rehat seketika daripada rutin tersebut susulan kehamilan keduanya.

“Sebelum ini saya buat hot pilates dan reformer pilates hampir setiap hari secara bergilir. Saya memang konsisten sebab saya tahu betapa pentingnya untuk badan saya.

“Sekarang saya berehat seketika daripada pilates kerana kehamilan kedua, untuk lebih selamat dan mendengar keadaan badan saya.

“Tetapi minggu depan saya akan mula sesi pilates pranatal secara peribadi,” jelasnya.

Dalam masa sama, Intan menegaskan wanita tidak seharusnya mengabaikan penjagaan diri walaupun sedang hamil atau bergelar ibu.

“Bagi saya, walaupun kita hamil atau sudah menjadi ibu, itu bukan alasan untuk berhenti menjaga diri.

“Kita masih perlu kekal aktif, makan dengan baik dan menjaga badan, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk anak,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

(SELUAR KERJA 28-48 ) 6 POKET KAIN COTTON cargo long pants 6 pockets seluar cargo lelaki

(SELUAR KERJA 28-48 ) 6 POKET KAIN COTTON cargo long pants 6 pockets seluar cargo lelaki

Eaglade Tactical Cargo Pants for Men In Grey Stretchable Waterproof IX9-Stretch

Eaglade Tactical Cargo Pants for Men In Grey Stretchable Waterproof IX9-Stretch

Men's Tactical Cargo Pants Field Tactical Pants

Men's Tactical Cargo Pants Field Tactical Pants

Decathlon Men's Quick-Dry Football Shorts: Lightweight Training

Decathlon Men's Quick-Dry Football Shorts: Lightweight Training

6 POCKET ARMY ( CARGO) 🔥🔥Hot Sell🔥🔥(Army 3pockt bawa kaki ada jerut rm15).(Army 6pockt bawa kaki xada jerut rm17)

6 POCKET ARMY ( CARGO) 🔥🔥Hot Sell🔥🔥(Army 3pockt bawa kaki ada jerut rm15).(Army 6pockt bawa kaki xada jerut rm17)

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Must Watch Video

Advertisement