Sekilas
- Pelakon Datin Intan Najuwa meminta pelanggan kafenya membuat aduan terus kepada staf jika menghadapi sebarang masalah semasa berkunjung.
- Intan kini dalam tempoh berpantang dan tidak dapat menguruskan aduan pelanggan secara langsung kerana menerima banyak mesej di media sosial.
- Intan baru sahaja melahirkan anak keduanya pada 9 Ogos dan berkahwin dengan Datuk Azraf Azman pada Ogos 2023.
Pelakon, Datin Intan Najuwa meminta pelanggan untuk membuat aduan terus kepada staf sekiranya berdepan sebarang masalah ketika berkunjung ke kafe yang diusahakannya.
Menerusi Threads, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid memaklumkan bahawa ketika ini dia masih di dalam tempoh berpantang.
Sehubungan dengan itu, segala aduan boleh diberikan kepada pekerjanya.
“Kalau datang ke kafe saya dan ada apa-apa yang hendak diadu atau tidak puas hati, cakap terus kepada staf dan barista saya.
“Insya-Allah, mereka boleh bantu dan selesaikan terus pada ketika itu juga,” tulisnya.
Menurut Intan, dia yang kini dalam sedang berpantang tidak dapat menjalani tempoh rehat yang baik memandangkan kesemua aduan diberikan kepadanya menerusi hantaran mesej di media sosial.
“Bukannya apa, kita ini jenis yang tidak boleh duduk diam. Saya tengah dalam pantang,” luahnya lagi.
Terdahulu, Intan selamat melahirkan anak keduanya pada 9 Ogos lalu yang diberi nama Imane Laudya.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Azraf Azman pada 18 Ogos 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Threads