Sekilas
- Datin Intan Najuwa selamat melahirkan anak perempuan keduanya pada hari Ahad.
- Berita tersebut dikongsi melalui hantaran di Instagram dengan nama bayi Imane Laudya.
- Intan berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu dan menerima ucapan tahniah daripada netizen serta rakan selebriti.
Pelakon, Datin Intan Najuwa selamat melahirkan anak perempuan keduanya, pada Ahad.
Berita gembira itu diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram.
"Welcome to the world, our precious second baby girl,
Imane Laudya,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah buat Intan dan suami.
Sekadar info, Intan Najuwa selamat bernikah dengan ahli perniagaan Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos 2023 di One & Only Desaru Coast, Johor.