Skip to main content

Hiburan

Intan Suraya Minta Video Lama Tak Berhijab Dipadam – “Sekarang Ini Saya Dah Pakai Tudung & Sedang…”

Intan Suraya

Sekilas

  • Intan Suraya meminta semua pihak memadamkan video lama yang memaparkan dirinya sebelum berhijab yang kini sering dikongsi semula di media sosial.
  • Intan menegaskan dia kini sudah berhijab dan berusaha istiqamah serta mendalami kehidupan yang lebih baik berbanding dulu.
  • Dia turut berkongsi nasihat Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum berkongsi foto lama yang tidak menutup aurat sebagai peringatan kepada semua.
Advertisement

Pengacara Intan Suraya meminta mana-mana pihak yang masih berkongsi video lamanya ketika belum berhijab agar memadamkan kandungan berkenaan.

 

Advertisement

Menurut Intan, sejak kebelakangan ini namanya kerap ditag menerusi video yang memaparkan dirinya ketika mengacarakan sebuah program televisyen suatu ketika dahulu.

 

Katanya, rakaman tersebut merupakan video lama dan dia terpanggil untuk memberikan penjelasan selepas semakin ramai pengguna media sosial berkongsi semula klip berkenaan.

 

“Baru-baru ini ramai tag nama saya atas sebuah video yang saya pernah mengacara suatu ketika dulu. Lama dah. Bila makin ramai tag, saya terpanggil untuk beritahu sesuatu. 

 

“Intan Suraya sekarang dah tak sama macam dulu. Intan Suraya pengacara dulu tu tak pakai tudung, sekarang ini saya dah pakai tudung dan sedang berusaha untuk istiqamah serta mendalami kehidupan lebih baik berbanding dulu,” katanya.

 

Intan berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform Threads miliknya.

 

Menerusi video sama, Intan turut memaparkan potongan klip daripada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang berkongsi mengenai hukum berkongsi foto lama seseorang yang tidak menutup aurat.

 

Justeru, Intan berharap peringatan tersebut dapat membuka ruang untuk semua pihak lebih berhati-hati sebelum berkongsi kandungan lama yang melibatkan aurat seseorang.

 

“Jadi kepada sesiapa yang post video saya tak berhijab dulu, ini ada kata-kata daripada ustaz untuk peringatan kita bersama. Ha dengar tak tu? Jadi apa lagi, padamlah video itu.

 

“Dengan peringatan ini semoga kita sama-sama dapat menjadi orang yang lebih baik dari semalam dan dirahmati, diampuni dan dipermudah segala urusan. Jangan marah ya,” ujarnya.

 

Untuk info, Intan merupakan bekas pengacara televisyen TV3 yang popular sekitar tahun 2000-an. Antara program popular yang pernah dikendalikan Intan termasuk Sinaran Pasport Kegemilangan, Pop Kuiz dan Muzik Muzik.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Must Watch Video

Advertisement