Skip to main content

Hiburan

Inteam Teruja Campur Gementar Bakal Sepentas Dengan M. Nasir 1 Februari Ini - “Rezeki Kami Dapat Buat Persembahan Bersama”

Inteam

Sekilas

  • Kumpulan nasyid Inteam teruja dan gementar bakal sepentas bersama Datuk M. Nasir dalam Konsert 25 Tahun Inteam: Nur Kasih hujung minggu ini.
  • Mereka akan membawakan dua lagu ciptaan M. Nasir dan telah membuat persiapan rapi termasuk menonton persembahan beliau untuk dapatkan idea.
  • Konsert di Axiata Arena pada 1 Februari turut menampilkan Nazrey Johani dan Zizi Kirana, dengan hampir 30 lagu yang menggamit kenangan lebih dua dekad.

Kumpulan nasyid, Inteam mengakui berasa teruja kerana bakal sepentas bersama maestro muzik, Datuk M. Nasir pada Konsert 25 Tahun Inteam: Nur Kasih hujung minggu ini.

Merasakan ianya bagai mimpi menjadi realiti, kumpulan nasyid yang dianggotai Syah, Rahim, Hazamin dan Hisyam ini dalam masa yang sama mengakui turut berasa gementar.

Menurut Syah atau nama sebenarnya Mohd Syahril Abdul Khalid, mereka juga berasa bersyukur kerana dapat sepentas bersama M. Nasir meskipun pada awalnya berlaku beberapa kekangan.

"Cadangan bersatu dengan sifu (M. Nasir) datang daripada penganjur Icon Entertainment iaitu Iman Tang.

“Tapi kalau tanya betul-betul, kami pun teringin bergabung bersama idola kami itu.

"Cuma awalnya waktu usulkan hasrat, ia hampir tak jadi kerana beliau nak pergi umrah tetapi sudah ditakdirkan, ada pula perubahan pada jadual asal apabila beliau 'terbang' hanya beberapa hari selepas konsert.

"Rezeki Inteam dapat bersama-sama beliau walaupun dalam hati gementar kerana ini pertama kali kami beraksi dengannya. Sebelum ini beliau jadi juri program realiti yang kami sertai Gema Gegarbaganza (GGV)," katanya.

Syah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pasa sesi latihan akhir Konsert 25 Tahun Inteam: Nur Kasih di Sg Buloh, pada Selasa.

Berkongsi mengenai persediaan, Syah memaklumkan bahawa mereka mengambil kesempatan pergi menonton persembahan komposer prolifik itu di sebuah acara bagi mendapatkan idea untuk persembahan mereka nanti.

"Malam ini (Selasa) adalah latihan pertama kami dengan Datuk (M. Nasir) selepas beberapa minggu membuat latihan sendiri.

"Ikutkan ada dua lagu yang akan dibawakan bersamanya iaitu karya ciptaan Datuk sendiri nyanyian asal Al Jawaher yang pernah disampaikan bersama Ustaz Akhil Hayy.

"Kami kena pastikan betul-betul bersedia. Gementar juga tapi macam kami kami katakan rasa gembira mengatasi segala-galanya. Beliau nampak garang, macam guru besar," katanya lagi.

Selain M. Nasir terdapat dua lagi penyanyi jemputan yan bakal memeriahkan konsert tersebut iaitu Nazrey Johani, bekas vokalis kumpulan Raihan serta penyanyi rap terkenal, Zizi Kirana.

Bertempat di Axiata Arena, penonton yang hadir pada 1 Februari ini bakal disajikan dengan hampir 30 buah lagu yang pastinya akan menggamit kenangan lebih dua dekad.

Buat anda yang belum mendapatkan tiket, boleh membuat pembelian di laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/InteamNurKasih.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement