Usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya menjalani dua prosedur pembedahan kosmetik iaitu rhinoplasty (pembedahan hidung) dan penanaman rambut di sebuah pusat perubatan di Shanghai, China.
Iqbal menerusi akaun Instagramnya bagaimanapun memohon maaf kepada semua pihak sekiranya terdapat kesalahan yang pernah dilakukan.
Advertisement
“Sebelum saya ditidurkan (bius sepenuh badan), saya mohon maaf atas segala salah silap saya, ada sesuatu yang tidak menyenangkan kalian, hal tidak baik sepanjang saya hidup.
“Sekitar lima jam saya tidak sedar untuk pembedahan hidung 'rhinoplasty'. Doktor akan buka hidung dan belah sekitar dada ambil tulang rawan dari rusuk.
“Enam jam penanaman sekitar 3600 helai rambut berjalan baik,” coretnya sebelum menjalani pembedahan.
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama, Iqbal memaklumkan dia menjalani pembedahan hidung itu bukan sekadar suka suka.
Sebaliknya kata Iqbal, prosedur itu dilakukan atas saranan pakar bagi memperbaiki masalah pernafasan akibat sinus teruk yang dialami sejak bertahun-tahun.
Tujuan saya buat pembedahan hidung sebenarnya disarankan pakar kerana pernafasan saya tertutup sudah bertahun akibat sinus teruk.
“Selalu saya terjaga mengejut semasa tidur seolah orang tutup hidung dan mulut. Di waktu sama, pakar tidak membiarkan hidung kita berbentuk tidak elok.
Saya juga mahukan kelihatan seperti hidung asal,” jelasnya.
Sebelum pembedahan berlangsung, Iqbal juga menyatakan dia sudah membuat wasiat sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini.
Malah Iqbal turut menghalalkan semua hutang melibatkan 87 individu yang pernah meminjam duit daripadanya sebelum ini.
“Wasiat andai apa-apa terjadi. Segala hutang saya, sudah saya senaraikan (ada sekitar 4 pihak sahaja).
“Harta dan aset saya menjadi milik orang-orang susah sepenuhnya. Sebahagian kecil untuk Ziyad anak saya dan rumah anak-anak yatim saya ada sejak saya di bangku sekolah (dirahsiakan).
“Sekitar 87 orang berhutang dengan saya, semuanya saya halalkan (sekiranya apa-apa terjadi).
“Prosedur ini terlalu kecil risikonya cuma kita bersedia sahaja. Lagi-lagi hospital dan pakar aesthetic yang saya buat ini antara yang terbaik di dunia.
“Sedikit memakan masa untuk sembuh. Doakan saya cepat boleh bekerja. Maafkan saya ya.
“Sangat banyak pengalaman saya mahu ceritakan nanti. Saya berdebar, menitis air mata, sebak, gembira, risau.. bercampur perasaan. Tinggalkan doa dan kata-kata yang baik ya,” coretnya.
Berikut merupakan perkongsian Iqbal: