Pempengaruh dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli menyorot perhatian netizen selepas berkongsi pengalaman peribadinya yang pernah dilalaui sewaktu remaja.
Menerusi hantaran tersebut, Iqbal berkongsi pernah keluar daripada rumah keluarganya sewaktu ibu bapanya diambang perpisahan.
"Dulu masa ibu ayah saya sudah mahu berpisah, saya ke KL dengan alasan cari kerja. Saya sewa di flat tingkat 5, turun naik tangga setahun juga seorang diri sewa dapur dijadikan bilik. Tidur di lantai," katanya.
Perkongsian tersebut dibuat sebagai jawapan kepada soalan seorang pengguna media sosial yang bertanya mengenai pengalaman ‘lari dari rumah’.
Dalam pada itu, Iqbal juga berkongsi pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera.
Ujarnya, walaupun hidup dalam serba kekurangan sewaktu menetap di Kuala Lumpur, Iqbal tetap berusaha menghantar wang sebanyak RM200 ke kampung bagi membantu keluarga.
"Saya kerja KFC, sejam naik bas. Hantar duit kat kampung RM200, untuk sembunyikan daripada orang kampung tahu saya tengah susah sebenarnya.
"Kadang menangis sebab terlalu penat. Sedih ingat balik. Sampai sekarang tak bercerita sangat kat keluarga," tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Iqbal.