Sekilas
- Iqie, vokalis Insomniacks, menafikan dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan Angel dari kumpulan Dolla.
- Dia menegaskan mereka hanya kawan baik sejak dulu dan menghargai sokongan netizen.
- Video kemesraan mereka di media sosial mencetuskan spekulasi, namun Iqie menafikan sebarang hubungan cinta.
Vokalis kumpulan Insomniacks, Iqie tampil menafikan dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan ahli kumpulan Dolla, Angel.
Menurut Iqie, hubungan mereka hanyalah sekadar kawan baik.
"Tiada komen, kami kawan dari dulu sehingga sekarang," katanya ringkas kepada Gempak.
Tambahnya lagi, dia menghargai sokongan serta perhatian netizen namun menegaskan mereka tidak mempunyai hubungan cinta.
"Terima kasih, tapi kami kawan sahaja," tambahnya.
Terdahulu, beberapa video yang memaparkan kemesraan Iqie dan Angel di media sosial menjadi perhatian netizen sehingga ramai mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.
Malah, rata-rata peminat mengakui suka melihat kedua-dua selebriti itu bersama selain tertanya-tanya sama ada mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa atau sebaliknya.