Skip to main content

Hiburan

Irfan Zaini Bangga Galas Watak Karamjit Singh Dalam ‘Terbang’, Mahu Generasi Muda Kenali Ikon Rali Dunia - “Satu Pencapaian Paling Besar Dalam Hidup Saya…”

Astro Gempak 457

Sekilas

  • Pelakon Irfan Zaini berasa bangga diberi kepercayaan membawa watak legenda rali negara, Karamjit Singh, dalam filem TERBANG.
  • Irfan menganggap peluang itu sebagai pencapaian besar kerana dapat memperkenalkan kisah ikon sukan permotoran kepada generasi muda.
  • Pengalaman paling bermakna Irfan adalah memandu jentera sebenar Proton PERT milik Karamjit semasa penggambaran filem tersebut.
Advertisement

Pelakon Irfan Zaini mengakui berasa bangga apabila diberi kepercayaan membawakan watak legenda rali negara, Karamjit Singh dalam filem TERBANG.

Menurut Irfan, peluang tersebut dianggap sebagai antara pencapaian terbesar sepanjang kerjaya seninya kerana dapat menghidupkan kisah seorang ikon sukan permotoran negara.

Advertisement

“Pertama sekali, saya rasa sangat bangga. Walaupun sekadar memegang watak Karamjit ini pun saya rasa satu pencapaian paling besar dalam hidup saya.

“Ini kerana seorang legenda seperti Karamjit Singh memang patut diraikan di Malaysia,” katanya.

Tambah Irfan, dia juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan figura tersebut kepada generasi muda yang mungkin kurang mengenali kejayaan Karamjit sebelum ini.

“Saya bangga dapat membawa watak itu kepada orang yang tidak mengenali beliau dan mereka yang mengenalinya pula sangat gembira dengan pemilihan pelakonnya,” ujarnya.

Menurut Irfan, antara pengalaman paling bermakna sepanjang penggambaran adalah apabila dia diberi peluang memandu sendiri jentera sebenar Proton PERT milik Karamjit.

“Kita tidak menggunakan kereta replika, sebaliknya menggunakan kereta sebenar yang pernah dibawa Karamjit semasa perlumbaan dahulu.

“Kereta itu yang pergi ke semua negara dan menaikkan nama Malaysia sebagai juara,” katanya.

Tambahnya, dia sendiri tidak menyangka dibenarkan memandu jentera ikonik tersebut ketika penggambaran berlangsung.

“Semasa shooting pun mereka benarkan saya memandu kereta Karamjit yang sebenar,” katanya.

Dalam masa sama, Irfan turut berkongsi perasaannya selepas melihat semula Proton PERT yang dipamerkan sempena acara EON Auto Fest baru-baru ini.

“Walaupun kereta itu sudah sangat lama, tetapi kita tetap gunakan kereta yang sama.

“Bila tengok ia sudah diperbaharui, kita sedar kepentingan kereta itu dan sejarah yang dibawanya. Ia bukan sekadar sebuah kereta, tapi kisah seorang legenda.

“Bila tengok depan mata memang rasa emosi sedikit. Saya rasa Karamjit sendiri pasti lebih beremosi sebab dialah yang membawanya selama bertahun-tahun,” katanya.

Untuk rekod, TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup Karamjit Singh sebagai juara dunia pelumba rali negara.

Filem arahan Chiu Keng Guan itu turut dibintangi Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle dan Qasrina Karim.

Anda mungkin berminat dengan

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

Must Watch Video

Advertisement