Skip to main content

Hiburan

Irfan Zaini Dedah Karamjit Singh Buat Sendiri Babak Stunt Dalam Terbang - “Ada Beberapa Stunt Yang Dia Saja Boleh Buat”

Irfan Zaini

Sekilas

  • Pelakon Irfan Zaini menganggap peluang melakonkan watak legenda rali Karamjit Singh dalam filem Terbang sebagai satu penghormatan besar dan mendapat sokongan langsung daripada Karamjit.
  • Karamjit sendiri melakukan beberapa babak aksi memandu dalam filem tersebut kerana kemahiran tinggi yang hanya dimilikinya sebagai juara dunia.
  • Filem Terbang mengisahkan perjalanan dan semangat juang Karamjit, menampilkan barisan pelakon hebat dan akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.
Advertisement

Pelakon Irfan Zaini menyifatkan peluang membawakan watak legenda rali negara, Karamjit Singh dalam filem biopik Terbang sebagai satu penghormatan besar.

Malah, Irfan juga menzahirkan penghargaan buat Karamjit yang sentiasa membantunya dalam mempelajari dan mendalami sukan rali dengan lebih mendalam bagi memastikan keberkesanannya melakonkan babak memandu kereta dalam filem tersebut.

Advertisement

“Saya dimaklumkan Karamjit sendiri pilih saya lakonkan watak ini. Saya rasa dia tengok Blood Brothers masa itu, jadi dia cadangkan nama saya

“Jadi saya rasa sangat gembira. Bila dapat jumpa dia, saya ada banyak soalan sebab saya kena jadi dia.

“Dia bagi saya kebebasan. Bila-bila masa saya boleh telefon dan tanya sama ada perkara itu dia buat atau tidak, cara dia berjalan, bercakap, bawa kereta, malah apa yang bermain dalam fikiran dia ketika berdepan dugaan atau sebelum berlumba. Semua itu dia bantu saya,” katanya kepada Gempak ketika majlis pelancaran Astro Fandom, baru-baru ini.

Lebih mengagumkan, Irfan mendedahkan bahawa Karamjit turut melakukan sendiri beberapa babak aksi memandu dalam filem itu kerana kemahiran tersebut hanya boleh dilakukan juara dunia itu sendiri.

“Malah dalam filem ini ada beberapa stunt yang Karamjit sendiri buat. Saya rasa hebatlah sebab saya berlakon sebagai dia, dia pula jadi stunt double saya. Memang saya rasa kagum.

“Ada beberapa stunt kereta yang orang biasa pun tak boleh buat. Karamjit yang kena buat, jadi dia terpaksa datang buat untuk kami.

“Saya rasa itu antara faktor penting kenapa penonton kena datang tengok filem Terbang,” ujarnya.

Justeru, Irfan berharap agar dia dapat memberikan kepuasan kepada penonton serta berharap agar penonton dapat merasai pengalaman serta perjalanan Karamjit sebelum bergelar juara dunia melalui filem Terbang.

“Ada sekali dia suruh saya duduk sebelah masa dia memandu. Saya pun selalu bawa laju, tapi cara dia bawa tu memang lain level. Saya rasa orang tak berani duduk sebelah dia.

“Saya harap saya dapat bawa watak itu dengan baik. Walaupun saya takut-takut, saya rasa hasil filem ini akan menjadi sebab banyak shot menarik dibuat oleh dia sendiri,” katanya lagi.

Selepas lebih 20 tahun, perjalanan luar biasa pelumba legenda itu kembali mendapat perhatian apabila diangkat ke layar perak menerusi filem Terbang arahan Chiu Keng Guan.

Filem tersebut bukan sekadar mengangkat kisah seorang pelumba, sebaliknya mengetengahkan semangat juang, pengorbanan dan keberanian anak Malaysia yang berjaya membuktikan bahawa kejayaan di pentas dunia mampu dicapai walaupun berdepan pelbagai kekangan.

Filem yang akan temui penonton di pawagam tidak lama lagi ini dibarisi pelakon hebat seperti Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle dan Qasrina Karim.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement