Skip to main content

Hiburan

Irfan Zaini Dipuji Tak Sombong, Layan Peminat Macam Kawan Walaupun Penat

Irfan Zaini Dipuji Tak Sombong, Layan Peminat Macam Kawan Walaupun Penat

Sekilas

  • Pelakon Irfan Zaini dipuji kerana sikap mesra dan tidak sombong ketika melayan peminat walaupun dalam keadaan penat.
  • Irfan menegaskan bahawa setiap individu mempunyai kedudukan sama tanpa mengira status atau populariti.
  • Irfan akan muncul dalam filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang akan ditayangkan di pawagam pada 17 September ini.
Advertisement

Sikap mesra pelakon Irfan Zaini ketika melayan peminat menerima pujian seorang individu yang menyifatkannya sebagai antara selebriti tidak sombong meskipun berada dalam keadaan penat.

Pujian tersebut dikongsikan individu berkenaan menerusi Threads selepas mengulas semula sebuah video dimuat naik ERA mengenai penyampai radio Haziq Hussni yang menerima panggilan seorang peminat kecewa kerana tidak berpeluang menyertai sesi ‘meet and greet’ bersama artis diminati walaupun sudah membuat bayaran.

Berkongsi pengalaman sendiri, individu terbabit berkata, Irfan sentiasa melayan peminat dengan baik sehingga adakalanya membuatkan dia berasa seperti bertemu seorang rakan dan bukannya selebriti.

“Alhamdulillah, setakat ini artis yang tak sombong dan suka layan peminat walaupun penat jatuh kepada Irfan Zaini.

“Jumpa dekat mana pun, sumpah tak sombong dan tak meninggi diri. Kadang-kadang tak rasa macam jumpa artis, macam jumpa member dibuatnya,” tulisnya.

Terharu dengan pujian tersebut, Irfan kemudian tampil memberikan respons dengan menegaskan setiap individu mempunyai kedudukan sama tanpa mengira status.

“Amin. Sejujurnya tak ada siapa yang besar atau rendah di dunia ini,” katanya.

vf



Menerusi perkembangan lain, Irfan bakal muncul menerusi filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem yang turut dibintangi Zizan Razak, Jack Tan dan Nam Ron itu bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September ini.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

Must Watch Video

Advertisement