Skip to main content

Hiburan

Isa Khan Tegur Sikap Cela Makanan - “Rasulullah Ajar Adab, Kalau Tak Suka…”

Isa Khan

Sekilas

  • Isa Khan menegur sikap sesetengah individu yang gemar mengeluarkan kata-kata negatif terhadap makanan di media sosial.
  • Isa mengingatkan ajaran Nabi Muhammad SAW supaya menjaga adab terhadap makanan dan tidak mencela rezeki yang diberikan.
  • Teguran Isa muncul selepas video kritikan Johan Ghazali terhadap makanan kunafa menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi warganet.
Advertisement

Pelakon, Isa Khan tampil membuat teguran mengenai sikap individu yang dilihat gemar mengeluarkan kata-kata negatif terhadap makanan.

Menerusi ciapan di Threads, Isa beranggapan tindakan itu adalah sabagai tidak wajar.

Advertisement

Malah, Isa turut mengingatkan bahawa Nabi Muhammad SAW mengajar umat Islam untuk sentiasa menjaga adab terhadap makanan dan tidak sewenang-wenangnya mencela rezeki yang diberikan.

“Rasulullah ajar adab terhadap makanan. Baginda tak pernah mencela makanan. Kalau suka, Baginda makan. Kalau tak suka, Baginda tinggalkan tanpa mengutuk.

“So who are you untuk sampahkan makanan?” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhadian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang diberikan Isa.

Terdahulu, tular satu video audio siar memaparkan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali yang dilihat mengkritik makanan kunafa dan menyifatkan makanan popular tersebut sebagai “makanan sampah”.

Video itu tular namun ada warganet beranggapan Jojo hanya mengkritik kunafa secara umum dan dalam masa yang sama, ramai juga menganggap perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana setiap orang mempunyai citarasa tersendiri.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement