Skip to main content

Berita Tempatan

Issey Dinobat Penyampai Radio Swasta Terbaik, THR Gegar Luah Rasa Bangga

Astro Gempak issey

Sekilas

  • Issey, penyampai Bro Pagi Gegar, dinobatkan sebagai Penyampai Radio Terbaik Kategori Swasta sempena Sambutan Hari Wartawan Negeri Kelantan.
  • Pengurus Jenama THR Gegar, Azah Sahrin, memuji dedikasi dan kreativiti Issey yang mengukuhkan kedudukan stesen radio tersebut.
  • Issey menerima wang tunai RM1,000 dan plak penghargaan, manakala THR Gegar terus komited menyajikan kandungan berkualiti tinggi kepada pendengar.
Advertisement

Penyampai Bro Pagi Gegar, Issey, terus melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai Penyampai Radio Terbaik Kategori Swasta sempena Sambutan Hari Wartawan (HAWANA) Peringkat Negeri Kelantan baru-baru ini.

Kemenangan itu turut mendapat perhatian Pengurus Jenama THR Gegar, Azah Sahrin yang menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian penyampai berkenaan.

Advertisement

Menurut Azah, pengiktirafan tersebut membuktikan dedikasi, kreativiti dan komitmen Issey dalam menyampaikan kandungan berkualiti kepada pendengar setiap hari, sekali gus mengukuhkan kedudukan THR Gegar sebagai stesen radio pilihan utama.

"Kami amat berbangga dengan pencapaian Issey yang berjaya meraih pengiktirafan ini. Ia adalah hasil usaha keras, kreativiti serta komitmen beliau dalam memberikan yang terbaik kepada pendengar setiap hari," katanya.

Tambahnya, anugerah tersebut diharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada seluruh barisan penyampai THR Gegar untuk terus meningkatkan prestasi dan kekal relevan dalam industri penyiaran.

Advertisement

"Kejayaan ini bukan hanya milik individu, tetapi juga inspirasi kepada semua penyampai dan warga kerja THR Gegar untuk terus bekerja lebih gigih demi memenuhi jangkaan serta kepercayaan pendengar setia kami," katanya.

Untuk rekod, Issey membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta plak penghargaan hasil kemenangan tersebut.

Sebanyak 91 pencalonan diterima bagi sembilan kategori yang dipertandingkan melibatkan bidang akhbar, televisyen, fotografi dan radio berdasarkan hasil siaran sepanjang tahun 2025.

THR Gegar yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Astro Audio terus komited menyajikan kandungan berkualiti tinggi kepada pendengar, selari dengan aspirasinya untuk kekal sebagai peneraju radio nombor satu di Pantai Timur.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Must Watch Video

Advertisement