Skip to main content

Hiburan

“Isteri & Anak Terkandas Di Hatyai, Hati Seorang Suami Memang Risau” - Shahrol Shiro Mohon Doa Orang Ramai

hh

Sekilas

  • Pelawak Shahrol Shiro berkongsi kebimbangan apabila isteri dan anaknya terkandas di Hatyai akibat banjir kilat yang melanda wilayah itu.
  • Beberapa laluan utama di Hatyai ditutup dan perjalanan ke lapangan terbang menjadi sukar kerana hujan lebat dan banjir.
  • Konsulat Jeneral Malaysia menasihatkan rakyat menangguhkan perjalanan ke selatan Thailand dan usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas sedang dipergiatkan.

Pelawak, Shahrol Shiro meluahkan rasa bimbang selepas dimaklumkan bahawa isteri­nya, Nor Farhanah Syamimi, dan anak mereka, Iskandar Rizqi, terkandas di Hatyai, Thailand susulan banjir kilat yang melanda wilayah itu sejak beberapa hari lalu.

Menurut perkongsian di akaun Instagramnya, Shahrol berkata isterinya yang sedang bercuti di Hatyai memaklumkan bahawa keadaan hujan semakin lebat, selain beberapa laluan utama sudah ditutup sekali gus menyukarkan pergerakan ke lapangan terbang.

 

 “Dapat khabar daripada isteri saya yang sedang bercuti di Hatyai. Menurutnya, hujan semakin lebat dan beberapa tempat dilanda banjir serta jalan dah ditutup.

“Nak ke lapangan terbang pun dah tak boleh dan saya tengok di Facebook keadaan semakin teruk di sana,” katanya.

Shahrol yang kini berada di Sabah turut menjelaskan hatinya berasa tidak tenang kerana isteri bersama anak mereka serta keluarga adik iparnya berada di lokasi terjejas.

“Saya di Sabah, hati seorang suami memang risaulah.

“Mohon titipkan doa kepada semua yang terlibat banjir, semoga keadaan kembali pulih.

“Terima kasih kepada sahabat yang membantu. Kepada isteri saya, saya tahu awak mampu harungi,” ujarnya.

Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sebelum ini menasihatkan rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan ke selatan Thailand susulan banjir besar yang berlaku ekoran hujan lebat berterusan.

Menurut Konsul Jeneral Malaysia, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, kira-kira 4,000 rakyat Malaysia dilaporkan terkandas di Hatyai dan beberapa kawasan lain di wilayah tersebut namun berada dalam keadaan selamat.

Kerajaan kini sedang mempergiat usaha untuk membantu membawa pulang rakyat yang terkandas secepat mungkin.

 

Must-Watch Video

Advertisement