Skip to main content

Hiburan

Isteri Andika Putera Akhirnya ‘Reveal’ Wajah, Netizen Teruja Lihat Raut Comel - “Kenapa Selama Ni Pakai Mask”

fdg

Sekilas

  • Dr. Amalina Aiza, isteri kepada pempengaruh media sosial Andika Putera, akhirnya mendedahkan wajahnya selepas lama memakai pelitup muka di media sosial.
  • Perkongsian video percutian mereka di TikTok mendapat pujian ramai netizen yang memuji kecantikan dan kecomelan Dr. Amalina.
  • Dr. Amalina sebelum ini memilih untuk menutup wajah kerana menerima kecaman warganet dan mahu menjaga privasi selepas berkahwin pada Januari lalu.

Isteri kepada pempengaruh media sosial, Andika Putera iaitu Dr. Amalina Aiza akhirnya tampil mendedahkan wajahnya kepada umum selepas sekian lama selesa mengenakan pelitup muka setiap kali berkongsi kandungan di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Dr. Amalina dilihat berkongsi beberapa momen percutian bersama suaminya di luar negara. 

Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri reaksi teruja netizen yang memuji rupa paras Dr. Amalina disifatkan sebagai comel dan manis.

“Comel rupa orangnya, kenapa selama ini pakai mask? Comeyyy laaaaa. 

“Doctor cantikkkkkk! Nanti datang Miri lagi okay. Enjoy your holiday mentor dan doctor saya.

“Yeyyy dah nampak mukanya, cantik,” komen beberapa netizen. 

Sebelum ini, Dr. Amalina difahamkan memilih untuk tidak mendedahkan wajahnya secara terbuka selepas mendirikan rumah tangga berikutan didakwa menerima pelbagai kecaman daripada warganet.

Ekoran itu, dia lebih selesa mengenakan pelitup muka setiap kali memuat naik sebarang kandungan atau hantaran di media sosial sebagai langkah menjaga privasi diri.

Untuk rekod, Dr. Amalina sah bergelar isteri kepada Andika Putera pada 15 Januari lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana.

Imbas kembali, Andika pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas isterinya, Ananda Natasha sebelum bercerai buat kali pertama pada tahun 2022. 

Mereka kemudian rujuk demi kebaikan anak mereka, Alisha Puteri, namun mengambil keputusan untuk berpisah sekali lagi pada Disember tahun lalu.

Must-Watch Video

Advertisement