Sekilas
- Isteri Ezad Lazim, Nor Azeana Ramli, tidak galakkan suaminya memakai aksesori seperti rantai dan gelang kecuali cincin.
- Azeana juga tidak suka Ezad memakai seluar pendek dan baju yang menampakkan ketiak.
- Dia menegaskan usaha memperbaiki diri dengan mengelakkan perkara yang tidak perlu dalam kehidupan seharian.
Isteri penyanyi Ezad Lazim, Nor Azeana Ramli, berkongsi berkongsi pendiriannya yang tidak menggalakkan suaminya memakai aksesori seperti rantai dan gelang walaupun sekadar untuk melengkapkan penampilan.
Menerusi hantaran di platform Threads, Azeana berkata dia lebih selesa jika Ezad hanya memakai cincin selain mengelakkan pemakaian seluar pendek serta baju yang menampakkan bahagian ketiak.
“Saya berbisik pada begini, saya tak nak abang Ezad pakai rantai dan gelang ya walaupun sebagai eksesori, cincin okay.
“Terima kasih memahami, saya memang tak suka abang Ezad pakai seluar pendek dan baju nampak ketiak,” kongsinya.

Dalam pada itu, Azeana juga turut menegaskan bahawa dirinya juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan mengelakkan perkara yang dirasakan tidak perlu dalam kehidupan seharian.
“Yang mana kita boleh elak, kita elak, termasuklah diri saya sendiri, terima kasih memahami, saya tak nak lah tambah dosa-dosa baru lagi,” tegasnya.