Skip to main content

Hiburan

Isteri Fizo Omar Kongsi Cara Nak ‘Detect’ Emosi Anak Melalui Lukisan - “Ada Perbezaan Rupanya…”

ASTROGEMPAK Isteri Fizo

Sekilas

  • Fazeera Nazri Azrai berkongsi cara dia mengesan emosi anaknya, Khaleeda, melalui lukisan yang dibuat ketika marah dan gembira.
  • Fazeera menggunakan teknik 'expressive art therapy' untuk membezakan keadaan emosi anaknya walaupun ketika demam.
  • Beliau mencadangkan ibu bapa lain menggunakan teknik ini kerana ia juga digunakan dalam kaunseling kanak-kanak kurang bercakap.

Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai berkongsi cara dia mengesan emosi anaknya ketika dalam keadaan tak stabil dan baik. 

 

Menurut Fazeera atau mesra disapa sebagai Faz, dia memberikan kertas kepada anak perempuannya, Khaleeda untuk melukis dalam keadaan marah dan gembira. 

 

“Cara nak kesan emosi anak. Faz cuba buat ‘expressive art therapy’ dengan anak. Ada perbezaan rupanya lukisan anak masa emosi tak stabil atau tengah sakit dan bila emosi dia baik. 

 

“Dua-dua ni dilukis Khaleeda pada waktu yang sama. Kiri ni dia marah plus demam sebab Faz tak bagi kertas baru. 

 

“Yang kedua, dia happy walau demam selepas Faz bagi kertas baru dan bagi buah,” kongsinya menerusi Threads.

Dalam pada perkongsian lain, Fazeera turut berkata ibu bapa juga boleh menggunakan teknik yang sama memandangkan ia diaplikasikan dalam kauseling kanak-kanak kurang bercakap. 

 

“You all boleh guna this teknik sebab teknik ini banyak diaplikasikan dalam kaunseling kanak-kanak yang kurang bercakap juga,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement