Ringkasan AI
- Isteri Haqiem Stopa, Aireena Sofia, memilih untuk tidak mengulas dakwaan rumah tangganya sedang bergolak.
- Aireena menegaskan dia masih berstatus isteri dan enggan memberi komen lanjut mengenai isu tidak sebumbung.
- Dia meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan anak mereka, Hud.
- Aireena turut berkongsi rasa terkilan apabila anak mereka menerima kecaman netizen akibat kontroversi perniagaan Haqiem.
- Haqiem juga enggan mengulas mengenai rumah tangga mereka dan lebih suka tidak berkongsi hal peribadi di media sosial.
Isteri kepada pempengaruh dan usahawan, Haqiem Stopa iaitu Aireena Sofia memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung dakwaan rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.
Dalam masa yang sama, Aireena atau lebih mesra disapa Jane juga tidak mahu mengulas lanjut dakwaan yang mengatakan mereka sudah tidak lagi sebumbung.
“Buat masa ini saya masih berstatus isteri orang, saya tak nak komen (dakwaan tak sebumbung),” katanya kepada Gempak.
Aireena berkongsi perkara tersebut ketika ditemui majlis pelancaran produk terbaharu jenama dashcam terkenal, 70mai bertempat dia 1 Utama, Petaling Jaya pada Rabu.
Ketika ditanya mengenai rumah tangganya, ibu kepada seorang anak ini hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buatnya.
“Soal itu mungkin belah tanya pihak sana (Haqiem). Apa yang saya boleh katakan ialah, doakan yang baik-baik buat saya dan anak,” ujarnya.
Terdahulu, isteri kepada Haqiem iaitu Aireena meluahkan rasa terkilan selepas anak mereka yang diberi nama Hud terkena tempias kecaman netizen.
Kecaman itu dipercayai susulan kontroversi melibatkan perniagaan kedai manisan yang diusahakan Haqiem.
Haqiem juga dilihat enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan yang mengatakan rumah tangganya bersama Aireena sedang bergolak.
Ujarnya, dia tidak suka untuk berkongsi perihal rumah tangga di media sosial.
Untuk rekod, Aireena dan Haqiem mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Hud.

Setiap Perkahwinan Ada Ujian
Temui panduan memahami pasangan dan membina perkahwinan yang harmoni dalam buku ini.
Beli Sini