Skip to main content

Hiburan

Isteri Imbau Momen Sebak Aaron Aziz Terima Berita Sheikh Haikel Hidap Kanser - “Selama Ini Saya Ingatkan Kita Perempuan Aja…”

Isteri Imbau Momen Sebak Aaron Aziz Terima Berita Sheikh Haikel Hidap Kanser - “Selama Ini Saya Ingatkan Kita Perempuan Aja…”

Sekilas

  • Datin Diyana Halik berkongsi detik suaminya, Datuk Aaron Aziz, yang sebak selepas menerima berita penyanyi rap Singapura, Sheikh Haikel menghidap kanser tahap empat.
  • Diyana memuat naik video di Threads menunjukkan hubungan rapat antara Aaron dan Haikel yang jarang dilihat dalam kalangan lelaki, terutama ketika menerima berita sedih.
  • Diyana mengajak orang ramai mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat Haikel dalam menghadapi ujian penyakitnya.
Advertisement

Isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik mengimbau kembali detik suaminya ketika menerima khabar berita daripada penyanyi rap Singapura, Sheikh Haikel yang menghidap penyakit kanser.

Menerusi perkongsian di Threads, Diyana dilihat memuat naik video memaparkan Aaron yang tidak dapat menahan sebak dan air mata ketika mendapat berita tersebut.

Advertisement

Ujar Diyana, sebelum ini dia hanya menyangka bahawa perkara sebegitu akan berlaku dalam kalangan wanita sahaja namun, suaminya dan Haikel membuktikan sebaliknya.

“Masya-Allah Tabarakallah. 27 Julai 2025, Aaron terima satu panggilan telefon yang sangat menyedihkan.

“Selama ni saya ingatkan kita perempuan saja yang ada hubungan macam ni, yang boleh telefon bila-bila masa dan menangis, luahkan apa yang terbuku di hati.

“Dengan lelaki, kita jarang nampak benda macam ni. Tapi bila ia berlaku, selalunya sebab ada satu berita yang sangat menyedihkan.

“Hubungan Aaron dan Haikel memang sedalam itu,” kongsinya.

Menerusi hantaran yang sama, Diyana berharap orang ramai dapat mendoakan agar Haikel tabah menghadapi ujian dan diberikan kesembuhan.

“Semoga Allah SWT kurniakan dia kesembuhan yang cepat dan beri kekuatan. Amin.

Tolong sama-sama doakan Haikel supaya diberikan kesembuhan,” tambahnya.

Terdahulu, Haikel gagal menahan sebak apabila berkongsi mengenai dirinya yang kini menghidap kanser tahap empat.

Penyanyi rap berusia 50 tahun itu mengambil keputusan untuk berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas sekian lama memberitahu rakan-rakan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement