Skip to main content

Hiburan

Isteri Keguguran, Jazmy Juma Mohon Doakan Yang Baik-Baik - “Tiada Rezeki Lagi”

Isteri Keguguran, Jazmy Juma Mohon Doakan Yang Baik-Baik - “Tiada Rezeki Lagi”

Sekilas

  • Isteri pelakon Jazmy Juma, Farah, berkongsi berita sedih mengenai keguguran bayi mereka melalui Instagram Story.
  • Jazmy memohon doa daripada orang ramai dan mengesahkan isterinya berada dalam keadaan baik walaupun mengalami kehilangan tersebut.
  • Mereka berkahwin pada 27 Jun selepas enam tahun bercinta, dan kini menerima sokongan serta doa daripada peminat dan rakan-rakan.
Advertisement

Isteri kepada pelakon, Jazmy Juma mengundang rasa sedih ramai apabila memaklumkan dirinya keguguran.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Farah hanya memuat naik perkongsian ringkas sambil berdoa agar dirinya dapat berjumpa anaknya itu di syurga kelak.

Advertisement

“Life is so private, tiada siapa tahu yang saya ada bayi yang sedang menunggu di syurga,” luahnya.

Perkongsian itu kemudiannya mengundang rasa sebak ramai yang rata-ratanya mendoakan agar Farah tabah dengan ujian tersebut.

Sementara itu, Jazmy memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik susulan keguguran itu.

Memetik sumber dari sebuah portal hiburan, bekas peserta program Hero Remaja ini memaklumkan bahawa isteri tercintanya itu berada dalam keadaan yang baik.

“Tiada rezeki lagi rasanya. Lama dah (tahu) dalam dua atau tiga hari yang lepas. Isteri saya dalam keadaan yang baik, Alhamdulillah.

“Cuma saya tidak kongsi di media sosial saya sebab saya memang seorang yang sebegitu.

“Saya lebih selesa untuk yang terdekat sahaja yang tahu. Doakan untuk saya dan isteri, semoga isteri saya kembali pulih semula,” ujarnya.

Untuk info, Jazmy dan Farah mendirikan rumah tangga pada 27 Jun lalu selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta.

Sumber: Instagram, OhBulan!

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement