Skip to main content

Indonesia

Isteri Kena Body Shaming Lepas Melahirkan Anak, Al Ghazali: “Badan Mereka Tidak Boleh Kurus…”

Isteri Kena Body Shaming Lepas Melahirkan Anak, Al Ghazali: “Badan Mereka Tidak Boleh Kurus…”

Sekilas

  • Al Ghazali mempertahankan isterinya, Alyssa Daguise, yang menerima kecaman netizen kerana perubahan bentuk badan selepas bersalin.
  • Al menegaskan perubahan fizikal ibu selepas melahirkan adalah normal dan perlu disokong, bukan dikritik.
  • Alyssa kekal yakin diri walaupun menerima komen negatif dan sudah berjaya turunkan lapan kilogram dalam dua bulan selepas bersalin.
Advertisement

Pelakon dan selebriti Indonesia, Al Ghazali tampil mempertahankan isterinya, Alyssa Daguise yang menjadi sasaran kecaman netizen susulan perubahan bentuk badan selepas melahirkan anak.

Alyssa selamat melahirkan bayi perempuan mereka pada 10 Mei lalu dan kini selepas habis berpantang, segelintir netizen berpendapat bentuk badan wanita yang pernah menjadi ‘body goals’ itu sudah berubah.

Advertisement

Melihat banyaknya kecaman atau body shaming yang berlaku terhadap isterinya, Al meluahkan rasa kesal.

Menurutnya, perubahan fizikal yang dialami seorang ibu selepas bersalin merupakan sebahagian daripada proses yang sepatutnya diberikan sokongan, bukannya kecaman.

“Sepatutnya jangan dikecam, sebaliknya kena beri sokongan. Ini kan fasa seorang ibu menyusukan anak, memang sudah pasti akan jadi begitu. Bagi saya, yang mengecam itu mungkin sebab iri hati,” kata Al Ghazali seperti dilaporkan Kompas.

Advertisement

Anak sulung Ahmad Dhani itu juga menambah, netizen yang mengecam Alyssa mempunyai masalah berat badan yang tidak dapat diatasi.

“Mungkin badan mereka sendiri tidak boleh kurus seperti orang lain. Tapi saya santai saja berdepan perkara macam itu. Saya tidak mahu layan hingga boleh jadi stres,” tambahnya.

Menurut Al lagi, Alyssa sendiri tidak terlalu mengambil hati dengan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Malah, katanya, wanita itu kekal yakin dengan diri sendiri dan tidak berasa rendah diri dengan perubahan bentuk badan selepas bersalin.

“Tak ada (insecure), dia (Alyssa) memang begitu. Dia sudah cantik, jadi santai saja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Al turut mendedahkan berat badan Alyssa sudah turun sekitar lapan kilogram selepas melahirkan anak.

“Dia baru dua bulan melahirkan dan sudah turun lapan kilogram, pada saya itu sangat okay,” kata bapa kepada  Soleil Zephora Ghazali itu.

Anda mungkin berminat dengan

【50PCS】Disposable Shoe Cover PP Boot Protector Elastic Waterproof Overshoes Thick Rain Mud Dust Barrier Outdoor Indoor

【50PCS】Disposable Shoe Cover PP Boot Protector Elastic Waterproof Overshoes Thick Rain Mud Dust Barrier Outdoor Indoor

🔥Local Delivery🚚Plus Size Men's Blazer Formal Business Black Outerwear Casual Lelaki Jacket Coat Korean Office Suit Slim Fit Tuxedos Wedding baju kot

🔥Local Delivery🚚Plus Size Men's Blazer Formal Business Black Outerwear Casual Lelaki Jacket Coat Korean Office Suit Slim Fit Tuxedos Wedding baju kot

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

UNISEX Acupressure Reflexology Foot Healthy Massage Slippers Acupuncture Sandal Massager / Selipar Urut Akupuntur

UNISEX Acupressure Reflexology Foot Healthy Massage Slippers Acupuncture Sandal Massager / Selipar Urut Akupuntur

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Must Watch Video

Advertisement