Skip to main content

Indonesia

Isteri Ketiga Pendakwah Bebas Dakwa Makan Nasi Campur Air Teh, Suami ‘Lesap’

Helwa Bachmid

Sekilas

  • Model Helwa Bachmid mendedahkan dia berkahwin dengan pendakwah bebas Habib Bahar bin Smith dan diabaikan selama setahun selepas pernikahan.
  • Helwa mendakwa suaminya jarang pulang dan tidak memberi nafkah sehingga mereka pernah makan nasi dicampur air teh kerana kesusahan.
  • Perkahwinan mereka berlaku pada November 2024 selepas Helwa yang pada mulanya enggan, akhirnya setuju berkahwin selepas pertemuan pertama pada September 2024.

Seorang model, Helwa Bachmid sedang hangat menjadi pemberitaan di Indonesia selepas mendedahkan dirinya berkahwin dengan salah seorang pendakwah bebas terkenal, Habib Bahar bin Smith.

Pendedahan tersebut dibuat wanita berusia 22 tahun ini selepas mendakwa dirinya diabaikan selama setahun usai pernikahan.

Helwa yang juga merupakan isteri ketiga Habib Bahar mendakwa suaminya bukan sekadar tidak menjawab telefon atau membalas kiriman whatsapp tetapi juga sangat jarang pulang ke rumah.

Lantaran itu, hidup yang didambakan menjadi lebih baik selepas berkahwin hanya mimpi.

Dia juga mendakwa berdepan hidup susah sehingga pernah makan nasi dicampur air teh kerana tidak diberi nafkah.

Hal tersebut dibongkar Helwa saat hadir bersama ibunya, Chairiah Alkatiri, di podcast Richard Lee, lapor InsertLive.

"Dia (Habib Bahar) cuma mempermainkan keluarga aku, mempermainkan pernikahan kita," ucap Helwa sambil menangis.

Ibunya, Chairiah kemudian memberitahu: “Kami sempat makan nasi pakai teh manis kerana sudah tidak ada makanan.”

Helwa berkata: “Setiap kali saya whatsapp minta wang, dia tidak pernah balas.”

Dalam temu bual sama, Helwa juga mendedahkan perkenalan pertama dengan penceramah bebas itu. Dia mendakwa bertemu Habib Bahar pertama kali pada September 2024.

“Dia kata nak carikan saya jodoh tapi kemudian dia melamar saya. Pada mulanya saya tidak mahu kahwin kerana tidak cinta dia.

“Saya menangis ke ibu, tak mahu kahwin dengan dia. Tapi kemudian, pada hari yang sama saya seperti dipukau, saya setuju untuk berkahwin,” katanya lagi.

Lalu Helwa dan Habib Bahar pun menikah pada November 2024.

Must-Watch Video

Advertisement