Skip to main content

Hiburan

Isteri Masih Di Hospital, Mus Sukar Nak Buat Kerja - “Banyak Benda Saya Hilang Kalau Dia Tiada”

ASTROGEMPAK Mus

Sekilas

  • Mus berkongsi keadaan isteri, Suraya Bahari, yang kini di ICU selepas menjalani prosedur membuang air daripada paru-paru akibat kesukaran bernafas.
  • Suraya sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki kiri kerana komplikasi kencing manis dan menghadapi beberapa masalah kesihatan lain termasuk tiroid dan paru-paru.
  • Mus menekankan pentingnya keputusan rawatan dibuat bersama keluarga dan doktor, serta mengakui sukar memberi tumpuan pada kerjaya tanpa sokongan isteri.

Penyanyi rock, Mus berkongsi keadaan isterinya, Suraya Bahari, 53, yang baru saja menjalani prosedur membuang air daripada paru-parunya di Hospital Ampang pada Isnin. 

 

Menurut vokalis kumpulan Barbarik itu, prosedur itu dilakukan berikutan isterinya mengalami kesukaran untuk bernafas akibat paru-parunya dipenuhi air.

 

"Dia masih di ICU. Keadaan dia sebenarnya hampir nak stabil, tetapi masih ada banyak masalah sampingan. Doktor baru mengesan yang paru-parunya dipenuhi air setelah dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

 

"Jadi Isnin lalu, doktor terpaksa menjalankan prosedur memasukkan tiub bagi mengeluarkan air daripada paru-parunya," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Biru Mata Hitamku di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. 

 

Mus atau nama sebenarnya, Mustaffa Din, 58, berkata keadaan isterinya itu kitikal selepas menjalani pembedahan memotong kaki kiri hingga ke paras lutut akibat penyakit kencing manis yang dihidapi.

 

"Saya kagum dengan kekuatan isteri saya yang tidak pernah mengeluh atau menunjukkan kesakitan sepanjang berdepan ujian ini.

 

"Isteri saya seorang wanita yang tabah. Kalau orang lain mungkin sudah tiada, tetapi dia amat kuat dan positif.

 

"Sampai dia sakit begini pun saya yang 'down'. Dia pula tak mahu tunjuk dia sakit, dia sorok emosi selain sentiasa positif," ujarnya.

 

Katanya semangat ditunjukkan isteri membuatkan dia berusaha untuk terus kuat dan reda dengan setiap ketentuan Allah.

 

"Bila dia kuat, saya pun kena kuat. Apa yang jadi saya kena reda. Sampai ke hari ini saya terus berpegang kepada perkara itu.

 

"Saya kena sentiasa positif sebab dia bukannya tak sedar. Dia cuma ditidurkan sekejap kerana sistem badannya tak berapa baik, tetapi selepas itu dia kembali sedar," katanya lagi.

 

Pada masa sama, Mus berkata, setiap keputusan berkaitan rawatan isterinya tidak dibuat sendiri sebaliknya dilakukan dengan penuh perbincangan dan pertimbangan bersama doktor serta ahli keluarga lain.

 

"Saya kena buat keputusan. Takkan saya nak biar sahaja. Saya perlukan pandangan keluarga juga, termasuk sepupu dia. 

 

"Saya tak nak buat keputusan yang salah, biarlah sebarang perkara atau keputusan kami bincangkan serta putuskan bersama-sama," kongsinya.

 

Mengenai kerjaya, Mus mengakui sukar memberi tumpuan memandangkan Suraya selama ini menjadi tulang belakang yang menguruskan pelbagai urusannya.

 

"Kalau ikutkan saya memang tak dapat buat kerja. Dia 'runner' saya. Banyak benda saya hilang kalau dia tiada," katanya.

 

Terdahulu, Suraya dimasukkan ke hospital pada 13 Jun lalu bagi menjalani pembedahan memotong kaki akibat komplikasi penyakit kencing manis sebelum keadaannya merosot beberapa komplikasi lain termasuk tiroid dan paru-paru sehingga memerlukan rawatan rapi di ICU.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Must Watch Video

Advertisement