Skip to main content

Viral

Isteri Pelakon Aliff Alli Lapor Polis Sebab Kahwin Lain, 14 Tahun Digantung Tak Bertali

allif

Ringkasan AI

  • Pelakon Aliff Alli Khan kini menjadi perhatian di Indonesia selepas isterinya, Nuning Irpana, membuat laporan polis terhadapnya.
  • Nuning mendakwa Aliff menghilangkan diri selepas mereka berkahwin pada 2011 dan tidak pernah menceraikannya sehingga kini.
  • Aliff didakwa berkahwin lain tanpa kebenaran Nuning, yang dianggap melanggar undang-undang Indonesia di bawah Pasal 279 KUHP.
  • Pihak guaman Nuning menjelaskan laporan dibuat sekarang untuk memastikan Aliff bertanggungjawab dan memperjelas status perkahwinan secara undang-undang.
  • Aliff dilaporkan telah berkahwin dua kali lagi, termasuk dengan Nora Alexandra pada 2016 dan Aska Ongi pada 2018, serta mempunyai seorang anak.

Nama pelakon Aliff Alli Khan sedang menjadi buah mulut di Indonesia selepas isterinya, Nuning Irpana melaporkan lelaki tersebut kepada pihak polis.

Nuning mendakwa adik bintang Miller Khan itu telah menghilangkan diri selepas mereka berkahwin pada tahun 2011.

Aliff yang sempat memfailkan perceraian terhadap Nuning pada 2011 namun ditolak itu antaranya didakwa membawa lari bersama buku nikah mereka.

Sejak ‘hilang’, Aliff tidak pernah menceraikan Nuning dan menjadikan wanita itu telah digantung tidak bertali selama 14 tahun, lapor Kompas.

Aliff kini dilaporkan kepada pihak polis atas dakwaan telah berkahwin lain tanpa kebenaran Nuning. Di Indonesia dakwaan tersebut dikategorikan sebagai pelanggaran Pasal 279 KUHP tentang larangan menikah lagi selama masih memiliki ikatan perkawinan yang sah.

Pihak guaman Nuning, Sudarmanto menjelaskan alasan kliennya baru membuat laporan sekarang meski pernikahan Aliff dengan perempuan lain sudah terjadi bertahun-tahun lalu kerana mahu lelaki tersebut bertanggungjawab selain mencari kepastian secara undang-undang.

“Sejak tahun 2011 hingga sekarang, 2025, klien kami tidak pernah dinafkahi. Sudah 14 tahun,” ujar Sudarmanto.

Nuning pula berkata: “Selama 14 tahun saya hidup dalam ketidakpastian. Saya hanya ingin posisi saya diperjelas secara hukum dan boleh hidup normal sebagai perempuan, sebagai manusia.”

Bintang Dua Surga Dalam Cintaku itu juga didakwa telah dua kali menikah dengan wanita lain sepanjang mereka terputus komunikasi.

Aliff, 34, antaranya pernah dilaporkan menikah dengan Nora Alexandra di Bali pada tahun 2016 dan bercerai setahun kemudian. Pelakon yang juga seorang model itu berkahwin kali kedua bersama Aska Ongi pada 19 Disember 2018 di Bali dan dikaruniai seorang anak pada 2 Mei 2019.

Must-Watch Video

Advertisement