Skip to main content

Hiburan

Isteri ‘Pergi’ Selepas Setahun Bersalin, Permintaan Lelaki Sunting Gambar Bersama Arwah Undang Sebak Netizen - “Saya Buka Pintu, Anak Sedang…”

Pemuda Bikin Sebak Minta Netizen Sunting Gambar Bersama Arwah Isteri

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki memohon netizen menyunting gambar dirinya bersama anak dan arwah isteri yang sudah meninggal dunia.
  • Permintaan itu dibuat untuk menghasilkan kenangan yang boleh ditunjukkan kepada anaknya kelak.
  • Arwah isteri meninggal akibat kanser ketika anak mereka berumur setahun, dan lelaki itu sedang bekerja ketika kejadian.
  • Lelaki berkongsi kisah menyayat hati apabila anaknya menyusu badan arwah ibu selama enam jam selepas kematian.
  • Doktor pernah mencadangkan isteri menggugurkan kandungan kerana kanser, tetapi cadangan itu ditolak.

Seorang lelaki menyorot perhatian ramai apabila membuat permintaan kepada netizen untuk menyunting gambar dirinya dan anak bersama arwah isteri yang sudah meninggal dunia.

Menerusi hantaran yang tular, lelaki berkenaan memuat naik dua foto berbeza memaparkan dirinya bersama serta gambar arwah isterinya berseorangan.

Lelaki tersebut kemudiannya meminta agar kedua gambar itu disunting bersama dan sudah pasti permintaannya direalisasikan ramai netizen yang mempunyai kemampuan untuk menyunting gambar.

“Minta jasa baik pakar IT dan pakar ekonomi untuk edit gambar bagi jadi satu.”

“Isteri dah meninggal waktu anak umur setahun, nak buat kenangan untuk tunjuk pada anak. Jasa baik anda amat dihargai.”

Namun apa yang meruntun jiwa apabila lelaki tersebut berkongsi sebab isterinya meninggal dunia.

Ujarnya, arwah isteri meninggal akibat kanser dan lebih menyedihkan ialah ketika isterinya meninggal dunia, arwah berada di rumah sambil menyusukan anaknya.

“Waktu arwah meninggal mereka beruda (isteri dan anak) berada di rumah dan saya sedang bekerja.”

“Anak umur setahun dan enam jam duduk dengan arwah yang dah meninggal. Jiran-jiran cakap, anak tak menangis langsung. Bila saya balik dan buka pintu, anak sedang menyusu badan arwah yang dah meninggal,’ kongsinya.

Lelaki tersebut turut berkongsi bahawa doktor pernah menyarankan isterinya untuk menggugurkan kandungan kerana kanser namun saranan itu ditolak.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak dengan situasi menimpanya dan arwah isteri.

Sumber: Facebook

Must-Watch Video

Advertisement