Skip to main content

Selebriti

Isteri Prince Syed Luah Rasa Kesal, Fitnah Melampau Terhadap Suami - “Punyalah Jahat Manusia Sampai Cakap Meninggal, Tergamaknya…”

AstroGempak princesyed

Sekilas

  • Fatin Syazwani Ishak, isteri usahawan Prince Syed, menafikan dakwaan palsu yang tersebar di media sosial kononnya suaminya telah meninggal dunia.
  • Fatin menjelaskan telefon mereka telah digodam ketika mereka sedang makan, namun akaun Instagram suaminya sempat dilog keluar sebelum sebarang perkara buruk berlaku.
  • Posting di TikTok yang memaparkan imej Al-Fatihah bersama gambar Prince Syed mencetuskan kekeliruan dan spekulasi dalam kalangan netizen.

Isteri kepada usahawan, Prince Syed iaitu Fatin Syazwani Ishak tampil meluahkan rasa kesal susulan penyebaran dakwaan tidak benar melibatkan suaminya di media sosial.

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Fatin berkata dia tidak menyangka ada segelintir pihak yang tergamak menyebarkan khabar angin termasuk dakwaan kononnya suaminya telah meninggal dunia.

“Punyalah jahat manusia. Orang nak kata marketing ke apa suka hati, terpulang sebab orang kalau tak suka kami pun, macam-macam orang cakap. Sampai cakap suami saya meninggal, tergamaknya.

“Orang nak kata alasan ke, nak kata kami edit ke suka hati, sebab tak boleh nak betulkan mulut orang yang sejahat jahat manusia,” ujarnya.

Menceritakan kejadian berlaku, Fatin berkata mereka tidak sengaja meninggalkan telefon semasa sedang makan.

Namun telefon tersebut digodam oleh seorang individu yang tidak didedahkan identitinya.

Bagaimanapun kata Fatin, akaun Instagram suaminya sempat dilog keluar sebelum sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Nasib baik IG dia tak sempat nak godek sebab dah log out. Jenuh kita pun minta tolong dengan orang. Janganlah buat macam tu.

“Kalau dia (Syed) meninggal, saya tiada di tapak niaga. Daripada tadi kami hanya di sini. Kami hanya keluar makan saja dan telefon tertinggal,” jelasnya.

Terdahulu, satu posting dipercayai dimuat naik daripada akaun TikTok miliknya pada Jumaat mencetuskan kekeliruan selepas memaparkan imej berlatarbelakangkan Al-Fatihah berserta gambarnya, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.

Sumber: TikTok @blackempiress

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement