Sekilas
- Natasha Ahmad Nawawi, isteri vokalis Floor 88, Ayie Elham, selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka yang diberi nama Nada Aurora.
- Berita gembira itu dikongsi melalui hantaran Instagram yang memaparkan gelagat comel keluarga mereka di hospital.
- Rakan selebriti dan netizen turut memberikan ucapan tahniah atas kelahiran bayi tersebut.
Isteri kepada vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham, iaitu Natasha Ahmad Nawawi selamat menimang cahaya mata kedua mereka.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ayie dan Tasha menerusi beberapa hantaran di Instagramya baru-baru ini.
Hantaran itu juga turut merakamkan gelagat comel Natasha atau lebih mesra dipanggip Tasha bersama Ayie dan anak sulung mereka, Nayla Amanda menari-nari kecil di sebelah katil hospital.
Paling comel apabila Tasha yang kini menjalani proses berpantang juga turut menari kecil sambil memangku anak kedua mereka yang diberi nama Nada Aurora.
“Yeay dah boleh balik, kali ini balik bawa baby baru,” coret isterinya.
Sementara itu, ruangan komen pula dihujani oleh ucapan tahniah dari rakan selebriti dan juga netizen.
Antara selebriti yang tidak ketinggalan memberikan ucapan adalah Nabila Razali, Baby Shima, Sharif Zero, Kak KM dan Farisha Iris.
Untuk info, Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 24, mendirikan rumah tangga bersama Tasha pada 21 Oktober 2021.