Skip to main content

Hiburan

Isu AIM24 Buat Nama Yuji Semakin Dikenali – ‘Saya Dah Move On’

Yuji

Penyanyi dan komposer muda, Yuji berlapang dada dan sudah ‘move on’ berhubung isu di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) membabitkan lagu ciptaannya berjudul Old Love duet bersama Putri Dahlia.

Selepas mendapat penjelasan daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Yuji, 22, berharap isu teknikal berkaitan pendaftaran International Standard Recording Code (ISRC) dapat diperjelaskan lebih awal agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.

“Saya ingin menjelaskan kenyataan yang dibuat bukan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan, tetapi ingin tahu bagaimana RIM dan AIM memilih lagu sebagai pemenang.

Advertisement

“Selepas pihak RIM dan AIM berikan kenyataan, saya dan pasukan membuat semakan dengan pasukan dan mendapati ISRC bukan punca utama. Sebab saya mendapati ada beberapa lagu lain yang menggunakan ISRC daripada luar. Saya begitu hairan tiba-tiba menjadi masalah.

“Saya dan dahlia, kami dah move on. Saya cuma berharap selepas ini RIM dan AIM akan lebih menekankan tentang perkara ini supaya tidak berlaku kekeliruan,” katanya.

Dalam pada itu, Yuji mengakui isu yang berbangkit secara tidak langsung membuatkan namanya lebih dikenali.

“Dari sudut positifnya, kini semakin ramai yang mengenali diri saya. Mungkin sebelum ini orang tertanya-tanya siapa Yuji. Walaupun ada yang kecam dan puji, saya terima semua komen-komen netizen. Isu ini naik dan dalam masa sama nama saya juga naik, lagu Old Love juga semakin dikenali,” tambahnya. 

Terdahulu, Yuji menuntut penjelasan mengapa lagu Old Love gagal memenangi kategori Lagu Paling Tinggi Distrim, biarpun meraih lebih 360 juta strim di Spotify.

RIM sebelum ini menerangkan proses penjurian pemenang kategori teknikal di AIM ditentukan sepenuhnya melalui data rasmi penstriman, bukan pilihan rambang.

Namun, kerana isu teknikal berkaitan ISRC, Old Love tidak tersenarai dalam Carta Domestik RIM, iaitu carta mingguan rasmi bagi lagu tempatan paling tinggi distrim di Malaysia.

Sumber: Oh Bulan!

Must-Watch Video

Advertisement