Skip to main content

Hiburan

Isu Artis Sombong Dengan Peminat, Ceddy Ang Anggap Dua-Dua Pihak Perlu Ada Empati - “Masing-Masing Kena Faham Situasi”

Ceddy Ang

Sekilas

  • Ceddy Ang menasihatkan selebriti dan peminat supaya saling memahami dan berempati terutama ketika artis menghadapi hari yang kurang baik.
  • Beliau menegaskan pentingnya artis memberikan layanan baik kepada peminat walaupun dalam keadaan emosi tidak stabil kerana peminat adalah penyokong utama mereka.
  • Ceddy juga berkongsi tentang single keduanya, Asal Ada Kamu, yang dilancarkan baru-baru ini dengan sentuhan Bo Amir dan MimiFly.
Advertisement

Pempengaruh media sosial dan penyanyi, Ceddy Ang berkongsi pendapatnya berhubung trend warganet yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan situasi berhadapan selebriti yang didakwa bersikap sombong.

Menurut Ceddy, golongan selebriti dan juga peminat perlu mengamalkan sikap saling memahami antara satu sama lain demi menjaga hubungan baik antara kedua-dua pihak.

Advertisement

Ujar Ceddy, sangat penting untuk kedua-dua pihak memahami situasi masing masing yang ada kalanya melalui hari-hari yang kurang baik hingga menyebabkan emosinya tidak menentu.

“Kadang-kadang artis pun ada 'bad day', jadi untuk label mereka sombong pun tidak baik. Bagi saya, dua-dua pihak (artis dan peminat) kena ada empati.

“Artis pun kena faham, walaupun ada 'bad day' tapi kalau peminat teruja nak jumpa, kenapa buat muka? Awak kena layan.

“Peminat pula kena faham, kalau emosi artis tu tak okay semasa berjumpa, bagi dia peluang. Masing-masing kena faham situasi masing-masing,” katanya kepada Gempak.

Ceddy berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancatan single keduanya yang bertajuk Asal Ada Kamu bertempat di A Quiet Place Karaoke, Bukit Bintang pada Selasa.

Dalam masa yang sama, Ceddy turut berpendapat golongan selebriti juga wajar berusaha memberikan layanan terbaik buat peminat meskipun ketika berdepan dengan keadaan emosi yang kurang baik.

“Bila saya keluar, orang akan tegur saya. Mesti akan ada hari di mana saya tiada 'mood' langsung.

“Bukan benci sesiapa tapi ada perkara lain yang membuatkan saya risau contoh ibu saya jatuh.

“Tetapi kalau ada orang yang betul-betul minat nak ambil gambar dengan awak, saya rasa sebagai seorang 'public figure' awak kena layan juga.

“Tanpa mereka, awak tidak akan kemana,” katanya lagi.

Tambah Ceddy, dia yang suka meluangkan masa untuk berinteraksi bersama peminat juga tidak terlepas dari situasi tergesa-gesa namun akan tetap berusaha memberikan layanan yang terbaik.

“Tak pernah sebab sesiapa kalau jumpa saya, saya banyak berborak dengan mereka. Kalau peminat tegur atau jumpa saya dekat mana-mana, memang akan berborak lebih sampai jadi podcast.

“Kalau saya 'rushing' pun saya akan minta maaf tapi kalau nak ambil gambar okay saja. Kalau awak tengok muka saya, awak rasa sombong ke?,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ceddy kini muncul dengan single keduanya yang berjudul Asal Ada Kamu yang merupakan sentuhan istimewa daripada Bo Amir dan MimiFly.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Must Watch Video

Advertisement