Sekilas
- Syura Badron berkongsi pandangan tentang isu artis yang sering dilabel sombong di media sosial.
- Dia menegaskan bahawa setiap individu ada hari baik dan hari buruk, jadi jangan cepat menilai berdasarkan satu situasi.
- Perkongsian Syura mendapat sokongan netizen yang setuju bahawa kita perlu beri ruang dan tidak mudah melabel seseorang.
Penyanyi Syura Badron tampil berkongsi pandangan mengenai isu artis dilabel sombong yang sering menjadi perbualan di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Threads, Syura meluahkan bahawa situasi tersebut tidak wajar dinilai secara terburu-buru kerana setiap individu mempunyai keadaan dan emosi yang berbeza pada waktu tertentu.
“Korangg duk up pasal artis sombong kan? Tp saya pernah je ada experience saya punyelah menyengih / senyum kat org, tp org balas dgn menjeling! Yg tu nk kategorikan sebagai apa ea?
“Gais… human being, sometimes kita ada bad day.. sometimes kita ada happy day.. jgnla senang2 kita label someone tu sbb kita tkt pernah kenal pun diorg tu semua.. tak kisahla artis ke bukan, kita masih MANUSIA .. setuju?” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan berkenaan.
Seorang pengguna turut meninggalkan komen menyokong kenyataan itu dengan menegaskan bahawa seseorang tidak boleh dinilai hanya berdasarkan satu situasi.
“Setuju. Kita nampak satu momen je, bukan keseluruhan hidup dia.
“Semua orang ada bad day, lebih baik bagi ruang daripada cepat label,” tulisnya.