Penyanyi, Nabila Razali tampil mempertahankan penganjuran parti bujang atau bachelorette party yang diselitkan bersama sesi usrah apabila ada segelintir pihak mempertikai perkara tersebut.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Nabila menjelaskan bahawa tidak timbul isu untuk menggabungkan elemen hiburan dan ilmu selagi ia memberi manfaat kepada semua yang hadir.
Advertisement
“I’m a work in progress. Bukanlah malaikat. Tapi pelik bila orang kata buat bachelorette ada usrah. For me, why not? Asal happy dan dapat ilmu sekali, itu lagi sweet,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan terhadap pandangan penyanyi Peluang Kedua itu.
“Biasa la yang kecam tu tak boleh terima hakikat.
“Sebab orang dalam usrah tu bukan someone yang dia nak kot. Sampai keluar ‘fatwa-fatwa’ mengecam bagai. Ustaz pun sama naik. Mungkin peminat artis yang satu lagi tu kot hehe.
“Dapat sweet, dapat ilmu, dapat memori, best part dapat pahala as well as blessings from Allah, the Most Merciful and Most Forgiving,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, pelakon Betty Rahmad tidak menyangka nama majlis bachelorette yang dianjurkan buat rakannya, Amira Othman menjadi isu sehingga mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.
Dalam pada itu, Betty turut menjelaskan bahawa majlis tersebut bukan sahaja untuk meraikan bakal pengantin, malah menjadi ruang untuk menimba ilmu dan saling mengingatkan antara sahabat.
Sebelum ini, segelintir pengguna media sosial memberikan pandangan berbeza mengenai nama majlis tersebut yang dianggap agak janggal walaupun ia diadakan bagi meraikan hari bahagia Amira Othman yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sumber: Threads