Skip to main content

Selebriti

Isu Disiplin Pelajar, Betty Rahmad Mohon Berhenti Salahkan Cikgu - “Tanya Diri Sendiri, Dah Jalankan Tanggungjawab Atau Main Lepas Tangan Pada Guru?”

Isu Disiplin Pelajar, Betty Rahmad Mohon Berhenti Salahkan Cikgu

Pelakon, Betty Rahmad berharap masyarakat berhenti meletakkan kesalahan terhadap guru susulan isu berkaitan dengan masalah disiplin pelajar yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Menerusi beberapa siri hantaran di Threads, Betty menyuarakan kebimbangan terhadap sikap segelintir ibu bapa yang dilihat terlalu mudah melepaskan tanggungjawab mendidik kepada pihak sekolah.

Advertisement

Betty berpendapat, untuk menjadi ibu bapa bukan hanya sekadar menyediakan makanan atau tempat tinggal, tetapi menuntut komitmen dalam memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak.

“Nak jadi parent bukan mudah. Bukan lahir dan bagi makan kenyang perut je. Kasih sayang dan masa paling penting. Mostly yang ramai anak sibuk kerja cari duit sampai anak terabai,” coretnya.

Malah Betty juga turut membandingkan cabaran membesarkan anak di mana pada zaman dahulu kanak-kanak lebih banyak meluangkan masa dengan aktiviti luar berbanding sekarang yang didominasi oleh gajet dan internet.

“Zaman sekarang lain dari zaman mak bapak kita dulu. Dulu kalau kita terbiar mak bapak busy, kita main batu seremban, main getah, main lastik!

“Nowadays, anak akan dengan phone. Pengaruh buruk internet semua senang lenang anak tengok tanpa pengawasan. Belum cerita lagi perangai mak dan bapak kat rumah yang mempengaruhi anak.

“Jadi, berhenti salahkan guru guru di sekolah. Tanya diri sendiri adakah kita dah jalankan tanggungjawab kita sebagai guru di rumah? Atau main lepas tangan pada guru di sekolah?” tegasnya.

Dalam pada itu, Betty juga menganggap keadaan ini sebagai satu panggilan kesedaran (wake-up call) kepada ibu bapa agar lebih peka dan sedar bahawa anak-anak memerlukan bimbingan paling utama di rumah.

“Anggap ini wake up call untuk kita semua ibu bapa yang terlalu sibuk hingga lupa, anak paling perlukan kita di rumah.

“Sebab tu dalam Islam, rumah tempat terbaik untuk seorang isteri, sebab ibu guru pertama yang membentuk hati dan akhlak anak, iaitu masa depan anak. Semoga Allah bantu dan mampukan kita,” jelasnya.

Terdahulu, sering tular di media sosial kebelakangan ini mengenai isu masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah yang kian membimbangkan seperti kes buli, rogol dan terbaharu isu berkaitan pelajar sekolah menengah menikam pelajar lain.

Must-Watch Video

Advertisement