Skip to main content

Hiburan

Isu Hutang, Ariff Bahran Memahami Perasaan Intan Najuwa - “Kalau Dah Masuk Mahkamah Lagi Banyak…”

Ariff Bahran

Sekilas

  • Pelakon Datin Intan Najuwa menuntut pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk menyelesaikan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.
  • Penyanyi Ariff Bahran menyokong Intan dan menegaskan bahawa hutang wajib dibayar walaupun jumlahnya berbeza-beza.
  • Ariff juga mendedahkan dia belum menerima bayaran RM425,000 selepas menjadi mangsa penipuan penganjur acara yang gagal melaksanakan konsert.

Berita mengenai pelakon Datin Intan Najuwa menuntut pereka fesyen, Rizman Ruzaini untuk menyelesaikan jumlah pembayaran RM1.3 juta turut mendapat perhatian penyanyi Ariff Bahran. 

 

Memahami perasaan Intan, Ariff menerusi platform Threads berkata hutang wajib dibayar tidak kira berapa jumlah.

 

Malah individu yang berhutang juga berdepan dengan bayaran denda yang lebih banyak jika kes dibicara di mahkamah. 

 

“Kalau berhutang wajib bayar. Tak kisah 1.3 juta ke 425 ribu ke 1000 ringgit ke 400 ringgit ke. Kalau dah masuk mahkamah lagi banyak denda fees kau kena bayar. 

 

“I feel you sister @intannajuwa. All the best,” kongsi Ariff

 

Dalam pada itu, Intan turut membalas perkongsian Ariff dengan mendoakan agar penyanyi itu juga menerima bayaran yang sepatutnya. 

 

“Thank you. I hope you receive what’s rightfully yours as well!” kata Intan. 

 

Sebelum ini, Ariff mendedahkan dia masih belum menerima bayaran sebanyak RM425,000 selepas menjadi mangsa penipuan seorang penganjur acara.

 

Ariff yang bertindak sebagai penaja dijanjikan konsert bersama band Sheila On 7 oleh pengurus acara tersebut, namun konsert gagal dilaksanakan.

 

Ariff menyeru individu bertanggungjawab untuk membayar semula kerugian yang dialaminya sejak tahun lalu.

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement