Skip to main content

Selebriti

Isu Konten Kurang Sesuai Dengan Vida, Fazley Yaakob Mohon Maaf - “Saya Sebagai Bakal Imam DSV Akan Usahakan…”

Isu Konten Kurang Sesuai Dengan Vida, Fazley Yaakob Mohon Maaf - “Saya Sebagai Bakal Imam DSV Akan Usahakan…”

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob memohon maaf atas kandungan yang melibatkan Datuk Seri Vida yang mungkin menimbulkan rasa kurang selesa kepada sesetengah pihak.
  • Fazley menjelaskan kandungan tersebut hanya untuk berkongsi momen tertentu dan tidak berniat menyinggung atau menimbulkan spekulasi negatif.
  • Fazley juga berjanji akan memastikan perkongsian akan datang lebih mencerminkan contoh yang baik sebagai bakal imam kepada DSV.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memohon maaf sekiranya paparan kandungan melibatkan usahawan Datuk Seri Vida (DSV) baru-baru ini menimbulkan rasa kurang selesa.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazley berkata kandungan tersebut tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Advertisement

Sebaliknya hanya untuk berkongsi momen momen tertentu sahaja.

“Terima kasih yang mendoakan DSV, alhamdulillah dia dah pulih dan baik-baik sahaja.

“Tentang paparan yang kurang sesuai untuk tatapan umum tu, mohon maaf bagi pihak team content kami.

Advertisement

“Tidak ada niat untuk menyinggung mana-mana pihak atau timbulkan spekulasi distruktif. Keterujaan team untuj berkongsi momen momen tertentu akan diperhalusi untuk masa-masa akan datang,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, Fazley mengakui sebagai individu yang bakal memainkan peranan sebagai imam kepada DSV kelak, dia akan berusaha memastikan perkara yang dikongsikan selepas ini lebih mencerminkan contoh yang baik.

“Saya sebagai ‘bakal Imam DSV akan usahakan agar ianya lebih mencerminkan contoh yang baik. Terima kasih semua!

“Doakan kami! Cuma part DSV gelak saya tak boleh tolong tau, seba saya suka!” tulisnya.

Terdahulu, hubungan rapat antara Fazley dan Vida menjadi perhatian selepas beberapa video memaparkan kemesraan mereka dikongsikan di media sosial.

Perkongsian berkenaan bagaimanapun mengundang teguran daripada segelintir netizen yang mempersoalkan batas pergaulan pasangan tersebut memandangkan masih belum ada pengumuman rasmi mengenai hubungan mereka.

Anda mungkin berminat dengan

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Must Watch Video

Advertisement