Skip to main content

Hiburan

Isu Lagu AI ‘Jane In Heaven’, Azmeer Saran Kerajaan Teliti Penggunaan Teknologi Dalam Industri Kreatif - “Kita Selaku Karyawan Perlu ‘Sekolahkan’ Dia”

Astro Gempak 261

Sekilas

  • Dr Azmeer Abu Bakar dan Lukhman S menghargai usaha Jane in Heaven mempopularkan lagu Cinta Tersimpul Rapi melalui versi AI, tetapi menegaskan hak cipta dan royalti perlu dihormati.
  • Azmeer menjelaskan nyanyian AI tidak mampu menandingi emosi dan jiwa penyanyi sebenar kerana AI hanya menyanyi berdasarkan teks tanpa ketidaksempurnaan manusia.
  • Mereka berharap kerajaan dan pihak berkuasa meneliti penggunaan AI dalam industri kreatif agar hak pencipta karya tidak terjejas.

Komposer dan penulis lirik lagu Cinta Tersimpul Rapi, Dr Azmeer Abu Bakar dan Lukhman S berterima kasih kepada Jane in Heaven kerana mempopularkan semula lagu tersebut menerusi versi kecerdasan buatan (AI).

Bagaimanapun, mereka menegaskan cara lagu tersebut dikomersialkan di platform seperti YouTube dan Spotify adalah tidak tepat kerana karya berkenaan masih mempunyai hak cipta milik pencipta asal.

Menurut Azmeer, walaupun menghargai usaha mempopularkan kembali lagu berkenaan, soal pembahagian royalti kepada pencipta dan penulis asal tidak boleh diabaikan.

“Saya dengan Lukhman berterima kasih kepada Jane kerana inisiatif dia lagu ini disukai ramai sekarang, tetapi kita selaku karyawan perlu ‘sekolahkan’ dia.

“Apa yang Jane buat itu tak kena dari sudut pembahagian royalti yang sepatutnya diberikan kepada kami.

“Itu duit pencen kami. Kalau dia buat sesuatu tanpa menyalurkan royalti kepada pencipta dan penulis yang sebenar, ia tidak betul,” katanya ketika ditemui pada sidang media anjuran Suria Records Company (SRC) pada Jumaat lalu.

Dalam masa sama, Azmeer turut menjelaskan bahawa nyanyian yang dihasilkan melalui AI tidak mampu menandingi emosi dan jiwa yang dibawa oleh penyanyi sebenar.

“Kita perlu penyanyi sebenar untuk menyanyi, yang faham perkataan seperti ‘reka’ bukan ‘re’ka dan ‘tema’ jadi te-ma. AI hanya menyanyi berdasarkan apa yang tertulis.

“Rentak muziknya juga terlalu rigid, terlalu keras, tidak ada jiwa. Ibarat kita memasak menggunakan rempah dalam paket berbanding rempah yang digiling sendiri oleh ibu kita.

“Rendang yang mak kita masak pada hari raya itu ada air tangan. Bukan air mesin. Bagi saya AI tak boleh cipta jiwa dalam lagu. Boleh buat macam mana pun, terlalu sempurna, tetapi manusia mesti ada sedikit ketidaksempurnaan,” katanya.

Tambahnya lagi, keindahan sesebuah lagu sebenarnya terletak pada melodi dan lirik, bukannya pada perkara luaran.

“Tapi dia tak tahu yang lazat itu adalah mee goreng atau nasi lemak, bukan pinggan emas atau pinggan kristal.

“Yang lazat itu makanan, sama seperti melodi dan lirik yang AI tidak boleh cipta,” katanya.

Sementara itu, Lukhman berkata setiap karya yang ditulisnya mempunyai maksud tersendiri dan diharap dapat membuatkan pendengar berfikir.

“Setiap tulisan saya itu, saya nak bila karya saya keluar, ia membuatkan orang berfikir. Contohnya lagu Alasanmu itu sebenarnya lagu tentang seseorang yang mahu berhenti kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Azmeer turut berharap kerajaan dapat meneliti penggunaan AI dalam industri kreatif supaya tidak menjejaskan hak pencipta karya.

“Saya dah cakap kepada MACP untuk sarankan kepada MCMC supaya penggunaan AI tidak boleh digunakan dalam filem, drama atau apa-apa yang menjana pendapatan. Perkara itu sedang diteliti,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Viral Sampul Raya 5pcs 2026

Viral Sampul Raya 5pcs 2026

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

SUPERSAVE Pelita Buluh Solar Light LED Lights Pelita Bamboo Pelita Solar Raya Lampu Kelip Kelip Lampu Raya

SUPERSAVE Pelita Buluh Solar Light LED Lights Pelita Bamboo Pelita Solar Raya Lampu Kelip Kelip Lampu Raya

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must-Watch Video

Advertisement