Skip to main content

Hiburan

Isu MV Lala Raya, Agy Terbuka Terima Pandangan Orang Ramai, Jelaskan Sebab Guna Suara ‘Kepit’ - “Lagu Ini Dinaikkan Satu Key Daripada Asal…”

Astro Gempak 222

Sekilas

  • Agy menerima semua komen terhadap MV lagu raya Lala Raya dengan hati terbuka tanpa melawan atau mempertahankan diri secara berlebihan.
  • Lagu dinaikkan satu kunci untuk dapatkan vibe tertentu dan elemen catchy yang mungkin mengganggu sesetengah pendengar, namun bertujuan supaya melodi mudah diingati.
  • Agy memohon agar kecaman tidak melibatkan keluarga dan rakan-rakan dalam MV serta telah memuat naik versi baru tanpa babak meja makan yang kontroversi sebagai tanda hormat.

Penyanyi dan pempengaruh, Agy menerima segala pendapat orang ramai terhadap muzik video (MV) lagu raya berjudul Lala Raya dengan hati yang terbuka.

Menurut Agy, atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, dia tidak pernah berniat untuk melawan atau mempertahankan diri secara berlebihan terhadap komen yang diterimanya.

“Sejujurnya semua orang punya komen saya terima dengan hati yang terbuka. Tak ada saya rasa macam nak melawan ke, nak membetulkan keadaan, tak ada.

“Ada yang kata suara saya kepit, ada yang kata suara saya bingit, nyaring dan yang paling viral sekali adalah suara saya seperti hon lori. Jadi bahagian itu pun saya terima dengan baik, tak ada masalah sebenarnya,” katanya.

Mengulas mengenai isu vokalnya, Agy menjelaskan lagu tersebut dinaikkan satu kunci daripada versi asal bagi mendapatkan ‘vibe’ tertentu.

“Lagu ini sebenarnya dinaikkan satu key (kunci) daripada asal untuk dapatkan vibe lagu itu. Ramai yang kata lagu ini annoying, tak kena dengan raya. Sebenarnya memang niat kami ada elemen catchy yang mungkin meng-annoying-kan orang dalam masa sama.

“Mungkin dari segi susunan lagu itu buat orang rasa annoyed. Tapi itu yang kita nak tangkap perhatian supaya orang ingat melodi lagu itu. Ramai juga yang ingat bahagian ‘kembali pulang’ itu, dan saya gembira sebenarnya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Agy berharap kecaman tidak melibatkan ahli keluarga serta rakan-rakan yang terlibat dalam MV berkenaan.

“Saya nak tekankan, harap jangan sentuh famili dan kawan-kawan saya dalam muzik video tersebut sebab mereka hanyalah sistem sokongan saya.

“Kalau anda semua tak sukakan saya atau benci saya, fokus pada saya saja. Saya minta sangat tolong jangan kaitkan mana-mana pihak, cuma saya,” katanya.

Dalam masa sama, Agy memaklumkan pihaknya juga telah memuat naik versi baharu MV tersebut dengan membuang sepenuhnya babak meja makan yang sebelum ini mencetuskan kontroversi.

“MV baharu dah dimuat naik. Kita dah buang babak meja makan itu sepenuhnya untuk menghormati semua pihak.

“Tak ada orang hasilkan karya untuk menyebarkan keburukan. Saya pun tak masuk industri ini untuk sengaja cipta kontroversi. Mungkin ada kekhilafan sebab kita baru dan masih belajar, tapi tak ada langsung niat untuk menghina,” jelasnya.

Terdahulu, Agy tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi lagu Lala Raya yang didakwa mempunyai unsur atau gambaran persis lukisan terkenal, The Last Supper.

Menurutnya, dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk menghina mana-mana agama, bangsa atau kaum menerusi karya tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must-Watch Video

Advertisement