Skip to main content

Hiburan

Isu Rumah Tangga Jadi Bualan, Kamal Adli Mohon Semua Pihak Berhenti ‘Korek’ Kisah Lama - “Tak Baik Untuk Hawra Uqaira, Kesiankan Kami”

Kamal Adli

Sekilas

  • Kamal Adli memohon agar orang ramai berhenti berkongsi kisah lama yang tidak baik mengenai dirinya dan Uqasha Senrose demi kebaikan anak mereka, Hawra Uqaira.
  • Pada Khamis lalu, mahkamah mencadangkan Kamal melepaskan Uqasha dan proses perceraian diteruskan melalui Hakam.
  • Uqasha mendakwa pernah didera dalam perkahwinan, namun Kamal menafikan dan memberi amaran kepada individu yang menggelarnya 'coach cerai'.

Sejak isu rumah tangga pasangan selebriti Kamal Adli dan isterinya, Uqasha Senrose menjadi perbualan hangat di media sosial, timbul semula kisah-kisah lama mereka berdua. 

 

Kamal menerusi Threads bagaimanapun memohon semua pihak berhenti berkongsi semula mengenai kisah tidak baik melibatkan dia dan isterinya. 

 

Menurut pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh ini, dia bimbang kisah lama mereka itu akan memberi kesan tidak baik terhadap anaknya iaitu Hawra Uqaira. 

 

“Salam… nak minta tolong boleh? Boleh tak, minta ihsan korang atau siapa-siapa post fasal post saya dan Uqasha yang tak baik, sebab tak baik untuk Hawra Uqaira. 

 

“Kesiankan kami. Maaf sangat, terima kasih sangat-sangat. Allah bless you all,” kata Kamal. 

 

Pada Khamis lalu, mahkamah menyarankan untuk Kamal melepaskan isterinya iaitu Uqasha Senrose dan proses perceraian mereka diteruskan dengan Hakam. 

 

Uqasha ketika ditemui media ketika itu turut mendakwa dirinya pernah dipukul dan didera ketika dalam perkahwinan. 

 

Namun Kamal menafikan dakwaan tersebut selain memberi amaran kepada Uqasha dan individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘coach cerai’. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement