Skip to main content

Hiburan

Isyana Sarasvati Kembali Hiburkan Peminat Julai Ini Menerusi Konsert 'Isyana Sarasvati Live In Kuala Lumpur (Asia Tour 2026)'

Astro Gempak 582

Sekilas

  • Isyana Sarasvati akan mengadakan konsert solo di Zepp Kuala Lumpur pada 17 Julai 2026 sempena pelancaran album terbarunya, EKLEKTIKO.
  • Konsert ini akan menampilkan lagu-lagu dari album EKLEKTIKO serta karya popular dari album terdahulu seperti Explore!, Paradox, LEXICON dan ISYANA.
  • Tiket dijual antara RM176 hingga RM520, manakala VIP Box berharga RM4,800 dan boleh dibeli melalui platform Loket.

Selepas kali terakhir menghiburkan peminat Malaysia pada 2023, penyanyi, komposer dan pemuzik terkenal Indonesia, Isyana Sarasvati bakal kembali menggegarkan pentas Kuala Lumpur menerusi konsert solo Isyana Sarasvati Live in Kuala Lumpur (Asia Tour 2026) pada 17 Julai depan.

Lebih istimewa, konsert tersebut hadir bersempena pelancaran album terbaharunya, EKLEKTIKO, yang kini menjadi bualan peminat muzik di seluruh rantau Asia.

Menurut wakil penganjur daripada Redrose Entertainment dan Vault + Vision Agency, Isyana bukan sekadar seorang penyanyi tetapi juga pencerita yang menterjemahkan emosi, keresahan, harapan dan perjalanan hidup menerusi karya-karyanya.

“Kami mahu peminat merasa dan larut dalam karya-karya Isyana yang eklektik, merasakan sendiri kehadiran Isyana bersama seluruh pemuzik dan melepaskan rindu bersama.

“Kami percaya penganjuran ini hadir tepat pada masanya selepas lebih 10 tahun Isyana berkarya. Kami mahu konsert ini menjadi momen penuh warna, tenaga dan kenangan istimewa antara Isyana dan peminat di Malaysia,” kata wakil penganjur, Sarah Kasenda.

Sementara itu, Isyana menyifatkan konsert tersebut sebagai salah satu babak penting dalam perjalanan kariernya yang wajar diraikan bersama peminat.

“Perjalanan yang baik ini harus saya kongsi bersama peminat kerana mereka adalah sebahagian daripada sumber inspirasi dalam penghasilan karya saya.

“Saya mahu meraikan peminat yang sentiasa antusias meskipun karya saya tidak pernah terikat dengan teori, gaya atau genre tertentu. Sampai jumpa di Zepp Kuala Lumpur pada 17 Julai ini,” katanya.

Selain lagu-lagu daripada album EKLEKTIKO, peminat juga boleh menjangkakan seleksi karya popular daripada album terdahulu seperti Explore!, Paradox, LEXICON dan ISYANA yang menjadi cerminan perjalanan seninya sebagai seorang pemuzik dan pencipta karya.

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur, persembahan yang dijadual bermula pukul 8.30 malam itu dijangka membawa peminat menyelami perjalanan seni Isyana yang penuh warna menerusi gabungan karya lama dan baharu yang mencerminkan evolusi muziknya sepanjang lebih sedekad berkarya.

Kepulangan penyanyi lagu Tetap Dalam Jiwa itu bukan sekadar sebuah konsert biasa, sebaliknya sebuah perjalanan muzik yang menghidupkan pelbagai fasa dalam kerjaya seninya.

Dikenali sebagai antara karya paling berani dalam kariernya, album berkenaan dibahagikan kepada empat babak utama iaitu Lunora, Mamiu, Cecilia dan Abadhi yang memperlihatkan perjalanan muzik merentasi pelbagai genre serta sempadan pop konvensional.


Tiket konsert dijual pada harga RM176 hingga RM520 mengikut kategori, manakala VIP Box ditawarkan pada harga RM4,800 dan boleh didapati menerusi platform Loket.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Must Watch Video

Advertisement