Skip to main content

Hiburan

Izara Aishah Akui Mencabar Berpuasa Ketika Hamil - “Saya Rasa Lelah & Tak Mampu Berdiri Lama”

Izara Aishah

Sekilas

  • Pelakon Izara Aishah menghadapi cabaran berpuasa ketika hamil tujuh bulan anak ketiga kerana mudah letih dan kerap rasa nak pitam.
  • Izara terpaksa berbuka awal jika tidak larat dan perlu minum air banyak untuk kekal hidrasi seperti nasihat doktor.
  • Kehamilan kali ini berbeza dengan dua anak sebelum ini, di mana doktor mengesahkan dia bakal mendapat anak perempuan dan Izara juga lebih serius serta perfectionist dalam kerja.

Satu cabaran buat pelakon, Izara Aishah apabila perlu menjalani ibadah puasa dalam keadaan dirinya yang sedang sarat hamil anak ketiga.

Menurut Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, dia mudah berasa letih dan tidak mampu berdiri lama di kala usia kandungannya yang sudah masuk tujuh bulan.

“Saya cepat berasa lelah sebab tak cukup nafas bila mengandung. Saya juga tak boleh berdiri terlalu lama. Malah ada hari yang saya tak dapat nak puasa sebab kerap rasa nak pitam.

"Saya tak bangga tapi terpaksa berbuka awal kalau betul-betul dah tak larat.

"Ada hari yang saya terduduk pitam hingga terpaksa minum air sebab doktor dah pesan saya kena selalu minum air untuk kekal hidrasi. Tapi Alhamdulillah ada hari yang saya berjaya puasa," katanya kepada Gempak.

Berkongsi lanjut, pelakon filem J Revolusi itu turut memaklumkan bahawa kehamilannya kali ini menunjukkan perubahan ketara dalam dirinya.

“Pada kehamilan anak pertama dan kedua saya sangat feminin, tapi kali ini saya ingatkan bakal timang anak lelaki sebab saya suka melihat perkara yang lasak seperti menonton perlawanan tinju.

"Bagaimanapun anak ketiga ini doktor beritahu saya bakal dikurniakan anak perempuan.

"Selain itu saya juga kerap marah kalau ada orang yang tak serius bila buat kerja.

"Saya kalau bab kerja memang serius dan agak perfectionist. Saya akan cepat ‘triggered’ bila tahu kerja dibuat itu dah tahu salah tapi masih lakukan kesalahan sama. Rasanya orang lain pun akan ada perasaan ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Izara dan suami, Adib Khalid mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2.

Anda mungkin berminat dengan

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Must-Watch Video

Advertisement