Skip to main content

Hiburan

Jack Black Tak Buat Lawak, ‘Hidupkan Semula’ Anaconda

Jack Black

Terkenal dengan filam bersifat humor, Jack Black kembali ke layar lebar dengan sebuah ‘persembahan’ yang tidak biasa.

Jack Black mengembalikan kegemilangan karya thriller, Anaconda. Tidak berseorangan, menerusi trailer yang dikongsi, Black dilihat akan mengusahakan projek tersebut bersama Paul Rudd.

Advertisement

Menerusi sinopsis ringkas, Black yang memainkan watak Doug memiliki impian sejak kecil bersama rakannya, Griff (Rudd) untuk membikin semula filem klasik diminati ramai, Anaconda. 

Mereka kemudian ke Amazon untuk membuat rakaman sebelum betul-betul berdepan dengan anaconda raksasa.

“Kami melakukan penggambaran ini secara indie,” ujar Rudd menerusi trailer yang dikongsikan seperti dilaporkan Deadline.

Filem tersebut turut dibintangi  Steve Zahn, Thandiwe Newton, Daniela Melchior dan Selton Mello. Ia diterbitkan oleh Brad Fuller, Andrew Form, Kevin Etten dan Tom Gormican. 

Tom Gormican menjadi pengarah filem yang ditulis oleh Kevin Etten. Anaconda ini akan dipasarkan pada sambutan Krismas.

Filem Anaconda sebenar ditayangkan pada 1997 dengan dibintangi Jennifer Lopez, Jon Voight, Owen Wilson dan Ice Cube. Ia mencapai kutipan sehingga $136.9M di seluruh dunia sekali gus menjadi filem pecah panggung Lopez dan Cube.

Must-Watch Video

Advertisement