Skip to main content

Hiburan

“Jack Tan Sangat Komited, Irfan Pula Berjaya Bawa Emosi” – Nam Ron

“Jack Tan Sangat Komited, Irfan Pula Berjaya Bawa Emosi” – Nam Ron

Sekilas

  • Pelakon Nam Ron memuji komitmen Jack Tan yang gigih menguasai dialog bahasa Melayu walaupun bukan bahasa ibundanya dalam filem TERBANG.
  • Nam Ron juga memuji Irfan Zaini yang berjaya membawa watak utama dengan persembahan emosional terutama dalam babak selepas kematian isteri wataknya.
  • Filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh, dan turut dibintangi oleh Zizan Razak, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Luqman Hafidz, dan Qasrina Karim.
Advertisement

Pelakon Nam Ron memuji komitmen dua pelakon muda, Jack Tan dan Irfan Zaini ketika bekerjasama dalam filem TERBANG.

Menurut Nam Ron, dia cukup senang bekerja dengan Jack yang disifatkan sangat bersungguh-sungguh terutama dalam usaha menguasai dialog bahasa Melayu.

“Bagus, terutamanya Jack Tan. Saya sangat suka kerja dengan dia.

“Walaupun dia agak bergelut sebab kena cakap Melayu dan dia tak begitu fasih, dia tetap boleh dan berusaha untuk dapatkan benda itu.

“Saya rasa komitmen yang dia bagi pun sangat bagus,” katanya.

Dalam masa sama, Nam Ron turut memuji Irfan yang membawa watak utama menerusi filem tersebut.

Katanya, biarpun Irfan masih dianggap antara wajah baharu dan pertama kali menggalas tanggungjawab besar sebagai tunjang utama sesebuah filem, pelakon itu tetap berjaya memberikan persembahan yang berkesan.

“Irfan pula, ya dia baru. Kita boleh katakan ini mungkin kali pertama dia jadi tunjang utama filem dan dia pun memberi.

“Kalau kita tengok babak selepas isteri wataknya meninggal dunia, itu sangat emosional dan menyentuh.

“Saya rasa babak itu sahaja pun, untuk dia, saya rasa dia dah capai sesuatu,” ujarnya.

TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh atau The Flying Sikh.

Filem tersebut turut dibintangi Zizan Razak, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement