Skip to main content

Hiburan

Jackie Chan Menyesal Didik Anak Terlampau Garang: “Saya Tak Pernah Cakap Baik…”

Jackie Chan

Pesohor Jackie Chan melahirkan rasa kesal terhadap gaya didikan terhadap ananya, Jaycee Chan sewaktu lelaki itu membesar.

Chan, 71, meluahkan perasaan tersebut pada tayangan perdana filem Unexpected Family, baru-baru ini lapor CNA.

Menurut bintang filem aksi tersebut, terdapat babak yang mengesankan tentang hubungan ibu bapa dan anak yang membuat beliau melihat kembali kepada cara didikannya terhadap Jaycee.

Tanpa berselindung, Chan mengakui cara didikan yang ‘keras’ terhadap anaknya bukan hal yang sehingga memberi kesan besar dalam kehidupan mereka.

Beliau juga menyesal kerana sentiasa ‘dingin’ mengkritik anaknya secara terbuka.

“Apabila saya melihat ke belakang, terutama cara didikan terhadap anak, saya hanya memarahi dia setiap kali bertemu.

“Sewaktu muncul di televisyen pula, saya akan sentiasa mengkritik dia. Tidak ada satu pun yang baik keluar daripada mulut saya mengenainya,” kenang Chan.

Hubungan dingin anak-beranak ini bukan satu rahsia. Mereka diketahui memang tidak  berjalan baik.

“Bayangkan pada satu tahap, saya memarahinya kerana dia mengucapkan selamat ulang tahun buat saya. Padahal dia hanya menghubungi saya setahun sekali dan saya katakan ‘telefon pada hari lain’,” ujar Chan lagi.

Untuk semua kesilapan yang telah dilakukan, Chan mahu melihat anaknya kini hidup tenang dan bahagia tanpa meletakkan sebarang ekspektasi terhadap Jaycee yang kini berusia 43 tahun.

Must-Watch Video

Advertisement