Skip to main content

Hiburan

Jaclyn Victor Juara Singer 2026 Malaysia, Bakal Jadi Wakil Negara Ke Singer 2027 China

Astro Gempak 562

Sekilas

  • Jaclyn Victor dinobatkan juara sulung program Singer 2026 Malaysia dan akan mewakili negara ke pertandingan Singer 2027 di China.
  • Jaclyn memperoleh 23.67% undian selepas persembahan memukau di pentas akhir Battle of the Kings dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 serta trofi kejuaraan.
  • Jaclyn akan mempergiat latihan termasuk memperbaiki penguasaan bahasa Mandarin sebagai persediaan menghadapi pertandingan antarabangsa tersebut.

Penyanyi, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara sulung program Singer 2026 Malaysia sekaligus bakal mewakili negara ke pertandingan Singer 2027 di China.

Jaclyn berjaya merangkul gelaran berprestij itu selepas memperoleh 23.67 peratus daripada keseluruhan undian menerusi persembahan memukau pada pentas akhir Battle of the Kings yang berlangsung Isnin lalu. 

Mengulas kemenangan itu, Jaclyn mengakui terharu dengan sokongan yang diterimanya sepanjang pertandingan.

“Saya tidak pernah kata saya yakin seratus peratus akan menang, tetapi saya juga tidak pernah fikir saya pasti akan kalah.

“Saya percaya setiap kali naik ke pentas, saya perlu memberikan yang terbaik,” katanya.

Pelantun lagu Gemilang itu turut menyifatkan peluang mewakili Malaysia ke Singer 2027 sebagai satu tanggungjawab besar.

Menurutnya, dia akan mempergiat latihan termasuk memperbaiki penguasaan bahasa Mandarin sebagai persediaan menghadapi pertandingan di China.

“Saya berharap dapat membawa semangat dan kehangatan Malaysia ke pentas antarabangsa selain memperkenalkan kehebatan penyanyi negara kepada penonton di sana,” ujarnya.

Selain membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi kejuaraan, Jaclyn turut mengesahkan tempat sebagai wakil Malaysia ke pertandingan Singer 2027 terbitan Mango TV yang menghimpunkan penyanyi dari pelbagai negara.

Program terbitan Astro dengan kerjasama Mango TV itu menyaksikan tujuh finalis berentap dalam dua pusingan persembahan bagi merebut gelaran penyanyi terbaik musim pertama.

Selain Jaclyn, enam lagi finalis yang beraksi ialah Vanessa Reynauld, Chen Ying En, Nicole Lai, Priscilla Abby, Jesslyn dan Yazmin Aziz.

Pada pusingan pertama, Jaclyn memukau penonton menerusi gabungan lagu Where Is My Husband! dan Ikut Rentakku sebelum meneruskan persembahan dengan lagu Mandarin Divorce in Ghana pada pusingan kedua yang diberikan susunan muzik baharu.

Keputusan penuh Singer 2026 Malaysia menyaksikan Jaclyn Victor muncul juara diikuti Vanessa Reynauld selaku naib juara, Chen Ying En di tempat ketiga, Nicole Lai (keempat), Priscilla Abby (kelima), Jesslyn (keenam) dan Yazmin Aziz di kedudukan ketujuh.

Program Singer 2026 Malaysia boleh ditonton semula menerusi Astro GO, On Demand dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement