Skip to main content

Berita Tempatan

Jadi Breadwinner Keluarga, Diana Danielle Pernah Risau Anak-Anak Menjauh - "Walau Penat, Sakit, Saya Cari Juga Masa & Wang ..."

Astro Gempak diana anak

Sekilas

  • Diana Danielle berkongsi rasa tidak yakin sebagai ibu yang perlu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga dalam perkongsian di Threads.
  • Walaupun sering rasa penat dan ragu, Diana tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya dan menghargai kata-kata manis mereka sebagai sumber kekuatan.
  • Anak-anak Diana juga berjanji akan menjaga dirinya suatu hari nanti, membuatkan Diana rasa disayangi dan menemui ketenangan dalam hidupnya.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Diana Danielle berkongsi luahan peribadi mengenai perjalanan hidupnya sebagai seorang ibu menerusi platform Threads.

Dalam perkongsian tersebut, Diana mengakui dirinya tidak pernah benar-benar yakin dengan kemampuan sebagai seorang ibu, terutama apabila perlu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

Advertisement

“Saya tak sedih anak-anak makin membesar. Saya bangga dengan diri sendiri yang tak pernah rasa saya seorang ibu yang baik. Saya habiskan banyak masa bekerja, saya menjadi breadwinner sejak remaja sampai sekarang. I only know how to work,” tulisnya.

Menurut Diana, situasi itu menyebabkan anak-anaknya terpaksa berkongsi masa dengan kerjayanya.

“So my kids selalu kena share their mom with her career.

“I always doubt myself. Saya cukup ke untuk anak-anak. Saya tak larat nak layan mereka kadang-kadang. I worry that they might feel distant,” luahnya.

Namun di sebalik semua itu, Diana menegaskan bahawa dia tetap berusaha memberikan yang terbaik walaupun berdepan keletihan dan kekangan masa.

“But I memang tahu I all out as a mom, walau penat walau sakit, saya cari juga masa dan wang untuk bagi mereka happy,” katanya.

Advertisement

Lebih menyentuh hati, Diana turut berkongsi kata-kata anak-anaknya yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

“You know what, sekarang, every day saya akan dengar ‘thank you Ibu for working so hard for us’, ‘thank you for being the kindest mom’, ‘you’re the sweetest mom I can ever ask for’, ‘thank you for all your sacrifices, you’re perfect to me’.

“Ibu, if you think you’re not doing enough or good enough, just know that you’re a great mom and I love you more than this whole universe,” antara ungkapan yang sering didengarinya.

Tambahnya lagi, anak-anaknya juga pernah menyatakan hasrat untuk menjaga dirinya suatu hari nanti.

“‘One day, you don’t need to work anymore, I’ll take care of everything’,” kongsinya.

Diana juga akui tidak pernah menyangka dirinya akan disayangi sebegitu rupa oleh anak-anak.

“Tak pernah fikir saya akan disayangi begitu oleh anak-anak. Allah maha pengasih lagi maha penyayang, melalui mereka saya kembali menemui nilai diri, ketenangan dan kejelasan hidup.

“So much to say, but I’m really thankful for my two angels… memang kiriman paling indah yang pernah saya miliki,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

MISSSANDRA Kain Berpantang Bergetah / Confinement Sarong / Kain Batik Instant / Basahan

MISSSANDRA Kain Berpantang Bergetah / Confinement Sarong / Kain Batik Instant / Basahan

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

naelofar Amoud Sejadah

naelofar Amoud Sejadah

Must Watch Video

Advertisement