Rancangan realiti nyanyian popular dari India, Indian Idol berjaya mencuri perhatian netizen Malaysia selepas klip persembahan daripada program tersebut tular dan muncul di ruangan For You Page (FYP) TikTok sejak kebelakangan ini.
Apa yang membuatkan ramai penonton 'melekat' adalah selepas menyaksikan penyanyi asal lagu ikonik, Koi Mil Gaya, Udit Narayan dan Alka Yagnik menyampaikan lagu tersebut ketika mucul dalam program berkenaan.
Malah, peserta-peserta Indian Idol musim ke-16 itu turut berjaya memukau penonton dengan vokal mantap dan penghayatan lagu yang penuh emosi, membuatkan ramai tidak berganjak menonton sehingga ke penghujung video.
Lebih menarik, fenomena ini bukan sahaja mendapat perhatian netizen Malaysia, malah turut menarik minat penonton dari Indonesia yang sama-sama membanjiri ruangan komen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila ‘tersesat’ menonton rancangan dari India, malah ada yang berseloroh seolah-olah sedang berkumpul sesama rakyat Malaysia di ruangan komen.
“Jauh sangat aku sesat ni… ada orang Malaysia tak?
“Penat la nk kna ulang alik india klantan sehari dua ni.
“Malaysian boleh kumpul ambil attendance sini... 😂
“Tolong first time sampai India ni. saya introvert.
“Gemersik weiiii...mana geng Malaysia???ke aku je yg layan😅
“Malaysia dah catat kedatangan belum ❤️saya dah sampai ni.
“Aku tengok kat dalam komen ni 80% majoriti orang Malaysia dgn Indonesia je oii
“Best pulak layan Indian idol nie.. I'm from Malaysia,” komen netizen.