Skip to main content

Selebriti

Jadi ‘Full Time Dad’ Tanpa Lisa, Yusry Akui Agak Mencabar - “Sepanjang 14 Tahun Bersama, Tak Pernah Berjauhan Selama Ini”

Yusry Lisa

Sekilas

  • Datuk Yusry Abdul Halim rasa kehilangan sokongan moral isteri, Datin Lisa Surihani, yang kini menunaikan ibadah Haji.
  • Yusry kini menjadi 'full time dad' menguruskan anak-anak dan rumah, sekali gus lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.
  • Ini adalah perpisahan paling lama mereka dalam 14 tahun perkahwinan, dan Yusry menantikan kepulangan Lisa tidak lama lagi.

Penyanyi, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui merasai perbezaan dalam kehidupan harian sejak isterinya, Datin Lisa Surihani berangkat menunaikan ibadah Haji.

Menurut Yusry, 53, antara perkara paling ketara yang dirasainya adalah ketiadaan sokongan moral daripada Lisa yang selama ini sentiasa berada di sisi dalam setiap urusan kerjaya mahupun kehidupan harian.

“Paling ketara yang saya rasai semasa ketiadaan Lisa adalah dari segi sokongan. Kalau acara-acara sebegini, sebelum ini dia pasti akan ada di sisi saya.

“Walaupun saya tidak nampak dia sepanjang masa, saya tahu dia ada dan semangat itu tetap ada.

“Malah semasa menjalani penggambaran drama Dendam Seorang Mentua pun, dia sering hadir ke lokasi untuk memberi sokongan hampir sepanjang masa,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Yusry juga berkata pengalaman menguruskan anak-anak sepenuh masa membuatkan dirinya lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.

“Selain ketiadaan Lisa, saya juga perlu menguruskan hal-hal rumah. Sekarang saya jadi ‘full time dad’, hantar anak ke sekolah, ambil mereka pulang dan semak kerja sekolah.

“Sebelum ini saya mungkin mengambil mudah kerana Lisa banyak menguruskan perkara-perkara seperti ini.

“Jadi apabila saya melakukannya sendiri, saya sedar sebenarnya banyak tugas yang perlu dipikul oleh seorang ibu.

“Bila saya jadi ‘full time dah’, kerja ayah kena buat, kerja ibu pun kena buat. Sebab itu juga saya kurangkan mengambil kerja-kerja di luar,” jelasnya.

Ditanya mengenai kekuatan berjauhan dengan Lisa, Yusry berkata tempoh kali ini merupakan perpisahan paling lama yang pernah dilaluinya bersama isteri sepanjang 14 tahun mendirikan rumah tangga.

“Ini merupakan tempoh paling lama saya berjauhan dengan isteri kerana sepanjang 14 tahun bersama, kami tidak pernah berenggang selama ini.

“Tetapi dia pergi untuk beribadah, jadi kita tidak boleh merungut. Kita tunggu sahaja kepulangan Lisa, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Lisa selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima musim haji tahun ini dan dijangka pulang tidak lama lagi.

Anda mungkin berminat dengan

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Must Watch Video

Advertisement